Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Atur kegiatan ibadah bagi semarakkan Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH WAK TANJONG

Atur kegiatan ibadah bagi semarakkan Ramadan

Madrasah Wak Tanjong jual kurma rutab $10 sekotak bagi sokong program peningkatan
Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Mengatur senarai kegiatan ibadah bagi menyemarakkan bulan Ramadan, termasuk infak bagi mengumpul dana.

Itulah yang dirancang Madrasah Wak Tanjong menjelang ketibaan bulan suci itu dalam beberapa hari lagi.

Berkongsi rancangannya, Mudirah madrasah tersebut, Ustazah Masnia Nassim, berkata banyak keluarga melakukan persiapan mental dan kerohanian menjelang Ramadan – termasuk membersihkan rumah, jadual sahur dan iftar/buka puasa, dan mengatur program ibadah.

Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah juga membuat persiapan serupa menjelang ketibaan bulan penuh barakah itu, sambungnya.

“Beberapa program khas sepanjang Ramadan telah diatur oleh Unit Tazkiyah, seperti zikir Ramadan selepas bacaan doa harian, solat dhuha pada waktu rehat dan tadarus secara halaqah selepas waktu zuhur.

“Tazkirah ringkas akan juga diadakan semasa acara ‘Iftar Jamaiy’ dan acara qiam bagi pelajar menengah dan prauniversiti pada pertengahan Ramadan. Kami harap dengan program-program sedemikian, pelajar-pelajar sejak muda lagi telah didedahkan dengan kelebihan bulan ini,” jelas Ustazah Masnia.

Program yang telah dilakar itu selari dengan persiapan ramai penganut Islam yang menanti-nantikan kehadiran bulan ini. Ada yang memasang niat untuk bertarawih sebanyak mungkin; mengunjungi masjid-masjid untuk berjemaah dan beriktikaf; membaca Al-Quran; dan banyak menderma, bersedekah atau memberi makan kepada orang berbuka puasa dan sebagainya.

“Semasa Ramadan, ramai yang bertekad melakukan pelbagai ibadah, menjadi Muslim dan Mukmin yang lebih baik. Semua niat baik ini mengundang ganjaran pahala yang besar,” ujarnya.

Sejajar dengan itu, Madrasah Wak Tanjong mempergiat program ibadah dan menawarkan peluang kepada orang ramai menyokong usahanya mengumpul dana bagi projek peningkatan – Projek Nur Ala Nur 2.0.

“Sejak minggu lalu, kami telah mula menjual kurma amal jenis rutab (kurma basah) dari Iran berharga hanya $10 sekotak.

“Muslimin Muslimat juga boleh menghulurkan derma dalam bentuk infak, wakaf atau zakat harta bagi menjayakan projek pembinaan bangunan tambahan kami.

“Semoga apa juga kebajikan yang dilakukan sepanjang Ramadan ini akan mendapat pahala berlipat ganda daripada bulan-bulan yang lain,” kata Ustazah Masnia lagi.

Untuk keterangan lanjut bagaimana menghulur sumbangan, orang ramai boleh menghubungi pejabat madrasah di talian 6741-0131 atau datang sendiri ke madrasah di 589 Sims Avenue, Singapura 387600.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >