Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR MUIS-RRG-PERGAS

Majalah sebar mesej bahaya fahaman radikal

* Diterbit dalam bahasa Inggeris, 'Inabah' bertujuan perjelas konsep agama yang diputarbelit kumpulan pengganasan * Muis turut terbit buku panduan bagi keluarga kenali tanda-tanda anggota yang terjebak
Oct 08, 2017 | 05:30 AM



KONSEP-KONSEP agama seperti makna hijrah dan jihad yang disalahguna dan diputarbelitkan kumpulan ekstremis seperti ISIS perlu terus dijelaskan kepada masyarakat Islam agar mereka tidak mudah terpedaya.



Lantaran itu, sebuah majalah edisi khas Inabah dalam Bahasa Inggeris telah diterbitkan oleh Masjid Khadijah dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai bahaya fahaman ideologi radikal.



Disiapkan sejak enam bulan lalu, ia mengandungi 15 laporan dikupas oleh anggota RRG dan asatizah mapan setempat termasuk Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, Ustaz Mohamed Feisal Mohamed Hassan dan Ustazah Kalthom Mohammad Isa.



"Masyarakat kita harus faham bahayanya konsep-konsep agama yang disalahgunakan seperti jihad, konsep al-wala wal bara' yang mengentengahkan konsep kesetiaan dan hijrah dengan menggalak orang Islam ke Iraq atau Syria.



"Kalau kita tidak menerangkan konsep-konsep ini kepada masyarakat, masyarakat akan menganggapnya sebagai sesuatu yang harus dilaksanakan sedangkan kumpulan seperti ISIS menggunakan konsep agama ini untuk tujuan politik mereka,'' ujar Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, ketika ditemui di Seminar Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), RRG dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) di Auditorium Muis semalam.



Dalam video Isis yang menampilkan warga Singapura Megat Shahdan Abdul Samad baru-baru ini, dia mengajak umat Islam di Asia Tenggara supaya berhijrah ke tanah atau wilayah 'Islam'.



Ustaz Dr Mohamed Ali sendiri menulis mengenai pentingnya para belia mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh dan mempelajarinya daripada asatizah bertauliah.



Tanpa pengetahuan agama yang kukuh, mereka tidak dapat membezakan pengetahuan agama Islam yang sebenar dari yang dipesongkan kumpulan ekstremis yang boleh diperolehi di Internet.



"Para asatizah juga memainkan peranan mendekati para belia di luar masjid melalui media sosial seperti Facebook dan masjid akan meningkatkan lagi program memenuhi keperluan generasi muda,'' kata Dr Mohamed.



Dalam pada itu, Muis juga telah menerbitkan buku panduan Bahasa Melayu berjudul 'Keluarga Berdaya Tahan: Berlindung Daripada Radikalisasi' yang memberikan panduan kepada keluarga untuk mengenal pasti tanda-tanda anak atau anggota keluarga yang mula terjebak dalam fahaman pengganasan.



Oleh kerana propaganda fahaman ekstremis ini banyak disebarkan di media sosial, ibu bapa perlu memantau laman yang dilungsuri anak-anak mereka dan berkomunikasi secara terbuka dengan mereka mengenai perkara yang ingin mereka tahu, kata Pengarah Pusat Angkatan Karyawan Islam (AMP), Cik Zaleha Ahmad, yang menyampaikan ceramah membangunkan keluarga yang utuh dalam seminar semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >