Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janil kunjungi ICU demi fahami keadaan di hospital

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, kelmarin telah membuat kunjungan ke wad unit jagaan rapi (ICU) di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Tujuan lawatannya itu adalah untuk memahami situasi sebenar, dan keadaan kakitangan perubatan sedang mereka menghadapi peningkatan dalam jumlah pesakit Covid-19 sejak kebelakangan ini di samping memberi penghargaan kepada kakitangan hospital atas kerja keras mereka.



Beliau juga mendapatkan pandangan dari pihak pengurusan dan ketua ICU di hospital tersebut bagi mengenal pasti isu kapasiti hospital dan penjagaan ICU semasa pandemik ini.



Hasil dapatan tersebut bakal dikongsi dalam kenyataan menteri yang akan disampaikannya di Parlimen hari ini.



Di samping itu, Dr Janil sempat bertemu beberapa kakitangan hospital, termasuk jururawat yang telah dikerahkan baru-baru ini dari wad lain untuk menambah bilangan tenaga kerja dan membantu di ICU.



Akur dengan tekanan yang dihadapi pasukan pekerja penjagaan kesihatan di sini, Dr Janil berkata:



"Kita perlu menjaga keperluan emosi, semangat dan keletihan kakitangan penjagaan kesihatan kita.



"Terima kasih kepada semua rakan profesional penjagaan rapi dan pekerja penjagaan kesihatan sekali lagi atas dedikasi, komitmen dan kerja keras mereka dalam menjaga pesakit kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >