Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP MELAYU LAHIRKAN KEPRIHATINAN

Fahmi usul pembayaran WIS lebih tinggi bagi pekerja dalam perkhidmatan penting

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) bagi gerakan buruh, Encik Mohd Fahmi Aliman, mengusulkan agar pembayaran Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang lebih tinggi diberikan kepada pekerja dalam perkhidmatan penting.



Beliau berkata langkah ini adalah untuk mengiktiraf nilai sosial dan kesulitan yang dihadapi pekerja, terutama dalam sektor pembersihan dan keselamatan, ketika melaksanakan tugas mereka.



"Ketika kita menyesuaikan diri dengan norma baru, wira harian ini tetap melaksanakan tugas mereka walaupun berdepan risiko kesihatan, di samping melakukan kerja pembersihan tambahan seperti menyahjangkit permukaan yang sering disentuh serta menjalankan pemeriksaan suhu supaya kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan selamat," kata Encik Fahmi di Parlimen semalam.



Semasa menyampaikan ucapannya, Encik Fahmi, yang juga merupakan Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), turut berkata bahawa pergerakan buruh itu sedar akan halangan yang dihadapi pekerja perkhidmatan penting sewaktu menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka.



Menurut beliau, antara halangan tersebut termasuk faktor hambatan masa, kekurangan sokongan dari pihak majikan, selain halangan bahasa.



"Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Kerja Tiga Pihak, NTUC komited untuk mencari huraian bagi pekerja mengatasi halangan ini dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memastikan pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran mereka agar dapat kekal relevan, masih dapat menjalani latihan ini dengan mudah," jelasnya.



Lantaran itu, Encik Fahmi menggesa agar pembeli dan pembekal perkhidmatan ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada pekerja mereka untuk mengikuti latihan meningkatkan kemahiran mereka.



"Dengan memberikan sokongan yang mencukupi kepada pekerja kita, kita semua akan meraih manfaat daripada tenaga kerja yang lebih berpengetahuan dan berkepakaran," katanya lagi.



Menyentuh tentang model gaji progresif (PWM), Encik Fahmi telah meminta agar pihak berkepentingan dapat mempertimbangkan nilai pekerjaan yang disediakan pekerja khidmat penting ini dan seterusnya meningkatkan gaji PWM sehingga kehidupan semua pekerja Singapura dapat diperbaiki.



Dalam ucapannya lagi, Encik Fahmi juga berharap PWM dapat diperkembangkan kepada sektor lain.



Memberi contoh seperti sektor pengurusan sisa dan pengurusan strata, beliau berkata:



"Dengan pengenalan PWM, ia dapat meningkatkan sektor ini dan pekerja mereka dengan laluan kemajuan kerjaya yang lebih jelas, ditambah dengan kemahiran yang relevan, peningkatan terhadap produktiviti dan dengan gaji yang setimpal.



"NTUC akan terus melobi pengembangan PWM ke sektor lain dan akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan untuk menjadikan ini satu kenyataan bagi lebih ramai pekerja."




"Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Kerja Tiga Pihak, NTUC komited untuk mencari huraian bagi pekerja mengatasi halangan ini dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memastikan pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran mereka agar dapat kekal relevan, masih dapat menjalani latihan ini dengan mudah.''
- Encik Mohd Fahmi Aliman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >