Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 kepada keluarga mangsa helikopter terhempas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 kepada keluarga mangsa helikopter terhempas

Apr 25, 2024 | 11:15 AM



Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 ($2,845) kepada setiap keluarga mangsa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudahkan orang ramai yang berhasrat untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Mesyuarat jemaah menteri merakamkan ucapan takziah kepada waris pegawai dan anggota TLDM atas tragedi malang ini.

“Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan 10 wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka.

“Sebagai meringankan beban yang ditanggung, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga dan menubuhkan Tabung Khas untuk orang ramai menghulur sumbangan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Datuk Khaled turut memaklumkan Lembaga Siasatan yang ditubuhkan telah diarah untuk menyerahkan laporan awal mengenai kejadian malang itu dalam tempoh 14 hari bekerja, dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

Sementara itu, semua lapan jenazah mangsa yang beragama Islam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung halaman keluarga mereka pada 24 April di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir.

Datuk Khaled turut mengiringi pengebumian jenazah juruterbang TLDM, Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37 tahun, di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda, Selangor, selepas disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, di ibu negara pada 8.20 malam.

Sementara itu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kementerian mengecualikan pembayaran yuran pengajian anak mangsa nahas sehingga tamat belajar, selain menyalurkan RM1,000 untuk setiap anak wira dan wirawati negara yang masih bersekolah iaitu seramai 21 orang.

Dalam kejadian 9.32 pagi 23 April, Malaysia berduka dengan tragedi udara membabitkan dua helikopter milik TLDM yang mengorbankan 10 anggotanya di Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian malang melibatkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM yang bertembung sebelum terhempas semasa raptai menjelang sambutan ulang tahun TLDM ke-90 yang sepatutnya bermula 26 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >