Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

10 terkorban tragedi helikopter tentera laut M’sia terhempas di Perak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

10 terkorban tragedi helikopter tentera laut M’sia terhempas di Perak

Apr 23, 2024 | 06:08 PM



Malaysia berduka dengan tragedi udara membabitkan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 anggotanya di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, pada 23 April.

Kejadian malang melibatkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM yang bertembung sebelum terhempas itu berlaku kira-kira 9.32 pagi semasa raptai menjelang sambutan ulang tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata TLDM dalam satu kenyataan susulan nahas itu.

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut dan kededua helikopter berkenaan sebelum itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak, pada 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, sebuah daripada helikopter berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi helikopter ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat sempena ulang tahun TLDM yang dijadualkan bermula pada 26 April.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada waris dan keluarga mangsa. Beliau turut mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung tragedi itu.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” katanya di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mayat semua mangsa berusia antara 26 hingga 41 tahun dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk pengecaman, sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak TLDM dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan sebahagian keluarga mangsa yang berada di Sabah ke Lumut pada 23 April.

“Kementerian dan TLDM bukan saja akan bantu dalam menguruskan jenazah, tetapi juga memastikan waris dan ahli keluarga mangsa menerima segala manfaat dan faedah yang wajar diterima,” katanya.

Menurut Datuk Khaled, kementerian bersama TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan laporan interim berhubung nahas akan dikeluarkan segera sebelum laporan penuh dibentangkan.

Mengulas lanjut mengenai nahas itu, Datuk Khaled berkata raptai berkenaan adalah kali ketiga disertai helikopter Fennec dari Lumut dan kali pertama disertai helikopter HOM, yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau berkata HOM adalah helikopter baru yang diterima TLDM pada 2021, manakala Fennec telah digunapakai oleh TLDM sejak 2003.


Mengenai sambutan ulang tahun TLDM pada 27 April, Datuk Khaled berkata upacara itu dibatalkan namun akan digantikan dengan majlis tahlil buat mangsa yang terlibat yang akan turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merangkap Kepten Yang Dipertua TLDM.


Berdasarkan laporan awal, 10 mangsa terbabit dikenali sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli; Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


Selain itu ialah Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >