Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

‘Pulangkan hak saya sebelum saya tutup mata’: Sarimah

Bintang filem Studio Jalan Ampas dakwa empat pita asal filem terbitan syarikatnya diambil individu terkenal
Feb 16, 2024 | 09:23 AM



KUALA LUMPUR: Lebih tiga dekad menjeruk rasa, bintang legenda Datuk Sarimah Ahmad, 82 tahun, akhirnya membuka mulut mengenai insiden yang membuatkan hatinya remuk hingga mengalirkan air mata.

Meskipun agak berat berkongsi kejadian lalu, mengenangkan ia berkaitan hasil titik peluh beliau dan arwah suaminya Allahyarham Yusof Majid, seniwati terkenal itu akhirnya terpaksa bersuara demi menuntut keadilan.

Bintang filem Studio Jalan Ampas, Singapura itu mendakwa bahawa empat pita asal filem terbitan syarikat produksinya, Sarimah Film Productions, dicuri oleh seorang individu terkenal.

“Dia bersama seorang lagi rakannya ambil semua empat filem yang saya terbitkan.

“Filem itu adalah Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari.
“Mereka berjumpa saya ketika Allahyarham Yusof Majid baru sahaja meninggal dunia.

“Saya tidak tahu apakah perjanjian asal antara arwah dan individu berkenaan kerana tidak dimaklumkan.

“Individu berkenaan minta saya menandatangani satu dokumen. Dia ambil kesempatan ketika fikiran saya sedang bercelaru,” katanya kepada BH Online (Malaysia).


Sebagai pemilik mutlak filem tersebut, bintang filem yang mula diperkenalkan menerusi watak Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapok itu berharap, individu berkenaan dapat menunaikan janji untuk memulangkan semula hasil karyanya.


“Insiden ini berlaku 36 tahun lalu dan rasanya dalam tempoh itu sudah banyak kali filem ini ditayangkan di kaca televisyen.

“Kalau ikutkan dengan hasil royalti yang diperoleh, pasti hutang yang didakwa sudah dilunaskan.

“Pernah sampai satu tahap, saya tak nak tengok filem ini setiap kali ditayangkan sebab saya sedih.

“Dia berjanji mahu pulangkan semula filem. Jadi, mana janji-janjinya itu,” ujarnya dalam nada sebak.

Sehubungan itu, bintang jolokan Primadona Filem Melayu itu turut berharap Kementerian Komunikasi Malaysia dapat membantu untuk mendapatkan semula filemnya itu.

“Semua filem ini itu sangat bermakna buat saya kerana ia adalah hasil titik peluh saya sepanjang menjadi anak seni.

“Besar harapan agar Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dapat bantu mendapatkan semula hak saya sebelum saya tutup mata,” ungkapnya.

Biarpun terpaksa berdepan kemelut itu, wanita kelahiran Sungai Rusa, Pekan, Pahang itu tidak menyesal bergelar anak seni.

“Saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Industri seni tidak pernah salah, tetapi orang dalam industri sendiri yang mengotorkannya,” katanya ketika ditemui dalam program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Encik Ahmad Farhan Fauzi, di kediamannya di Subang Jaya, Selangor, pada 15 Februari.


Pada majlis itu, Encik Ahmad Farhan meluangkan masa selama setengah jam bertanya khabar dan beramah-tamah bersama aktres itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >