Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Ibu menangis Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz secara mengejut

Mar 20, 2024 | 10:51 AM



KUALA LUMPUR: Tidak perlu hari istimewa meraikan insan tersayang, tindakan pelawak dan pelakon Zizan Razak menghadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 buat ibunya menerima pujian netizen.

Kejutan dilakukan Zizan buat ibunya, Cik Anai Ibrahim, tular apabila abang sulungnya, Encik Hafiza Razak, membuat perkongsian menerusi akaun TikTok pada 19 Mac.

Zizan berkata beliau membuat kejutan menghadiahkan kereta berkenaan sebagai membalas jasa dan pengorbanan ibunya.

“Bukan sebab sambutan hari jadi, sebaliknya ia adalah hadiah saya buat ibu kerana dia memang sudah lama mengidamkan kereta ini.

“Saya hanya mahu menggembirakan ibu dan ingin melihat senyuman terukir di bibirnya.

“Hadiah kereta sekadar material, jika nak diukur dengan pengorbanan setiap ibu bapa dalam membesarkan anak, memang tak terhitung nilainya,” katanya kepada BH Online (Malaysia).


Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, kesedaran untuk membahagiakan orang tuanya timbul selepas mendapat nasihat rakan yang sudah tidak ibu bapa lagi.


“Ada rakan menasihatkan saya jaga orang tua sebaiknya selagi masih ada.

“Tapi, janganlah rasa rendah diri atau sedih jika tak mampu hadiahkan kereta mahupun barangan mahal, itu hanyalah material semata-mata.

“Ada ibu bapa tak perlukan semua ini. Bagi mereka, memadai hadiahkan senyuman dan kebahagiaan.

“Buatlah apa yang termampu dan keikhlasan itu biarlah Allah sahaja yang nilai, janji bahagia,” kata Zizan.

Menerusi satu perkongsian video, Zizan dan Encik Hafiza dilihat membawa ibu mereka ke bilik pameran kereta, kononnya sekadar mencuci mata sementara menantikan waktu berbuka puasa pada 19 Mac.

Zizan, yang berpakat dengan jurujual, kemudian membawa Cik Anai melihat sebuah kereta yang dibalut dengan kain hitam berserta reben besar, namun ibunya tidak dapat menangkap petunjuk yang diberi hingga ternampak skrin di depan kereta tertera namanya.

Cik Anai tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata sambil memeluk Zizan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >