Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma bekal makanan sihat bagi tingkat kesihatan pesakit

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



Beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) telah membentuk semula operasi firma mereka supaya kekal relevan dan memenuhi cita rasa pelanggan yang berubah. Antara lain, mereka memperkenal jenama baru, menyediakan produk dan khidmat baru agar dapat menyegarkan tawaran mereka. BERITA HARIAN menemu ramah dua syarikat itu yang berbuat demikian.



DENGAN lebih ramai rakyat Singapura lebih prihatin terhadap kesihatan mereka, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penyedia makanan sihat AMGD Global, Cik Rita Zahara Mohamed Nazeer, melihat permintaan lebih tinggi bagi makanan yang lebih sihat.



Sejak dua tahun lalu, syarikat itu, yang menyediakan dan membekalkan makanan sihat berdasarkan langganan dalam talian, dilantik untuk bekerjasama dengan tiga agensi penyelidikan tempatan, termasuk yang dimiliki pemerintah, serta syarikat berbilang negara (MNC), Abbott, untuk memperkenal dan membekal makanan sihat bagi pesakit yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan barah.



Perkara ini merupakan sebahagian usaha bagi agensi dan syarikat itu melihat kesan pemakanan sihat terhadap kesihatan pesakit.



Untuk tempoh 2019 hingga tahun lalu, 9.5 peratus penduduk Singapura berusia antara 18 tahun dengan 74 tahun menghidap kencing manis, naik daripada 8.8 peratus pada 2017, menurut tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) tahun lalu.



Dalam tempoh yang sama itu juga, 35.5 peratus (berbanding 24.2 peratus) mempunyai tekanan darah tinggi, dan 39.1 peratus (berbanding 35.5 peratus) mempunyai kolesterol tinggi.



"Agak mengejutkan melihat peratusan yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan kolestrol meningkat sejak dua tahun lalu. Ia mungkin kerana pemakanan tidak dijaga dan pergerakan berkurangan apabila kita lebih banyak duduk di rumah semasa Covid-19. Apabila diminta membekal makanan bagi pesakit kecing manis dan melihat adakah pemakanan sihat dapat mengubah keadaan mereka, saya terkesan kerana ibu saya sendiri meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat kencing manis," kata Cik Rita, 46 tahun.



Untuk memenuhi cita rasa pelanggan tempatan, makanan seperti tosei misalnya, disertakan dengan bijirin oat dan salad untuk menjadikannya lebih sihat.



Kini, 20 peratus daripada pelanggan beliau merupakan pesakit tersebut, manakala baki 80 peratus pelanggan umum.



AMGD juga bekerjasama dengan syarikat teknologi perubatan, Abbott, untuk membekal makanan sihat bagi mengekang berlakunya kencing manis.



Abbott menyediakan alat deria Freestyle Libre Sensor yang dapat mengukur tahap glukosa darah. Kencing manis berlaku apabila tahap glukosa darah terlalu tinggi.



Baru-baru ini, syarikat pengeluar alat masak bijak Thermomix berganding bahu dengan AMGD bagi menghasilkan resipi-resipi sihat.



Produk pertama dihasilkan ialah kuih tart nanas tanpa gula yang menggunakan monk fruit atau buah biksu bagi memberikan kemanisannya. Resipi itu akan dikemaskini dalam akaun Thermomix dan kuih tart nanas itu juga dijual oleh AMGD.



Bagi memenuhi keperluan makanan sihat, syarikat itu mempunyai pasukan penyelidikan dan pengembangan (R&D) yang meliputi pakar diet dan pakar pemakanan di bawah firma bersekutu, AMGD Services.



AMGD Services bukan sahaja mencipta makanan berkhasiat bagi AMGD bahkan menyediakan khidmat bagi syarikat dan perniagaan di rumah yang ingin mengetahui khasiat makanan dalam produk mereka atau ingin menghasilkan makanan sihat.



Hasil R&D itu, AMGD telah meluaskan produk makanan lebih menyeluruh termasuk hidangan tanpa gula, berasaskan tanaman, sup, minuman, roti dan pencuci mulut.



Sesuai dengan konsep kesihatan, syarikat itu bakal memperkenal siaran podcast di Spotify yang menampilkan perbincangan pakar mengenai kesihatan.



"Dalam pandemik Covid-19, kami juga menghadapi cabaran seperti syarikat lain tetapi menggunakan teknologi, analitik data dan bekerjasama dengan rakan-rakan niaga ini membantu kami. Yang penting ialah kami bersedia dan menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran," kata Cik Rita, yang menambah syarikatnya kini beroperasi di Tai Sing yang menempatkan dapur pusat, pejabat dan gedung konsepnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >