Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul perjanjian gencatan senjata libat tiga fasa

May 07, 2024 | 01:00 PM



KAHIRAH: Kumpulan Hamas berkata pada 6 Mei, ia bersetuju dengan perjanjian tiga fasa untuk gencatan senjata dan pertukaran tebusan bagi tahanan.


Namun seorang pegawai Israel berkata, perjanjian itu tidak boleh diterima oleh Israel kerana syarat-syaratnya “diringankan.”

Amerika Syarikat, yang bersama Qatar dan Mesir telah memainkan peranan pengantara dalam rundingan itu. Mereka sedang mengkaji respons kumpulan Hamas dan akan membincangkannya dengan sekutu Timur Tengah.

Berdasarkan butiran yang diumumkan setakat ini oleh pegawai Hamas dan seorang pegawai yang diberi taklimat mengenai rundingan itu, perjanjian yang dikatakan dipersetujui oleh kumpulan Palestin itu adalah serperti berikut:

Fasa Satu

Tempoh gencatan senjata adalah 42 hari - Hamas membebaskan 33 tebusan Israel sebagai balasan Israel membebaskan rakyat Palestin dari penjara Israel. Israel mengundurkan sebahagian tentera dari Gaza dan membenarkan pergerakan bebas rakyat Palestin dari selatan ke utara Gaza.

Fasa Dua

Satu lagi tempoh gencatan senjata 42 hari - untuk memulihkan “ketenangan yang mampan” di Gaza, kedua pihak Hamas dan Israel bersetuju dan akan mengadakan perbincangan mengenai “gencatan senjata yang kekal,” di luar meja rundingan.

Melaksanakan pengunduran sepenuhnya kebanyakan tentera Israel dari Gaza. Hamas membebaskan tentera simpanan Israel dan beberapa askar sebagai balasan kepada Israel membebaskan rakyat Palestin dari penjara.

Fasa Tiga

Penyempurnaan pertukaran (mayat) dan memulakan pelaksanaan pembinaan semula mengikut rancangan yang diawasi oleh Qatar, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menamatkan sekatan sepenuhnya di Jaluran Gaza.

Ketua Hamas, Encik Ismail Haniyeh menyampaikan persetujuan kumpulannya terhadap cadangan itu dalam panggilan telefon dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel.

Israel, bagi pihaknya, berkata tawaran gencatan senjata yang diterima kumpulan Palestin tidak memenuhi tuntutan utamanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >