Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Rafah risau diarah pindah jelang serangan Israel

May 07, 2024 | 01:32 PM



RAFAH (Gaza): Para penduduk di bandar Rafah, selatan Gaza, bingung dan kecewa apabila tentera Israel menebarkan risalah menggesa mereka berpindah demi “keselamatan” mereka sendiri menjelang operasi ketenteraan “terhad”.


Tentera Israel berkata ia mengarahkan para penduduk Palestin di timur Rafah supaya melarikan diri sebagai persediaan menjelang serangan darat yang dijangkakan di bandar bersempadan dengan Mesir itu.

Penduduk Rafah keluar ke lapangan selepas Israel melakukan serangan udara pada waktu malam, dengan mengedarkan risalah pada 5 Mei memberitahu mereka supaya berpindah segera.

“Tentera jalankan gerakan intensif menentang pasukan pengganas berhampiran anda,” kata risalah yang diedarkan di timur Rafah.

“Demi keselamatan anda, Angkatan Tentera Israel (IDF) mengarahkan anda supaya berpindah segera ke arah zon kemanusiaan al-Mawasi yang diperluaskan,” menurut risalah itu dengan peta menunjukkan lokasi di utara Rafah.

Encik Osama Al-Kahlout, dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, memberitahu AFP bahawa kawasan yang ditetapkan untuk pemindahan kini menempatkan kira-kira 250,000 orang, kebanyakannya telah dipindahkan dari kawasan lain di Jaluran Gaza.


“Proses pemindahan telah bermula di darat, tetapi dalam cara yang terhad,” kata seorang jurucakap tentera Israel, sambil memberitahu pemindahan melibatkan 100,000 penduduk.

Kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kebanyakannya melarikan diri ke sana semasa perang tujuh bulan antara Israel dan Hamas.

Dalam pada itu, sebahagian penduduk Gaza menari, bersorak, dan melepaskan tembakan ke udara pada 5 Mei selepas Hamas berkata ia meluluskan cadangan gencatan senjata daripada pengantara Mesir dan Qatar.

Cik Nour al-Fara, 56 tahun, berkata beliau berasa gembira dan melahirkan rasa syukur apabila mendengar pengumuman gencatan senjata.

Beliau lega kerana keluarganya “dalam keadaan cemas sejak pagi, mengemas barang-barang sebagai persediaan untuk berpindah seperti yang diarahkan tentera Israel”.

Ratusan orang ramai berkumpul sambil mengibarkan bendera Palestin, ada yang menari mengelilingi unggun api dan ada yang mengangkat tangan tanda kemenangan.

Kegembiraan tersebut dibayangi oleh prospek kehidupan masa depan di Gaza yang dilanda peperangan, dan memikirkan tentang bagaimana membina semula kehidupan di celah-celah kemusnahan di Gaza.

Encik Bakri Abdulhamid, 40 tahun, berkata di sebalik kegembiraan awalnya, “kami juga menunggu kelulusan daripada pihak Israel dan berharap penduduk Gaza akan “dibenarkan pulang ke rumah dan menamatkan kesukaran kami selama ini.”

Perang di Gaza meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel secara mengejut pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan

Serangan balas dan berterusan Israel sehingga kini telah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin dan menyebabkan Gaza dilanda krisis kemanusiaan termasuk kebuluran. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >