Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel pindah penduduk jelang serang Rafah

May 06, 2024 | 06:23 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel telah mula memindahkan orang awam Palestin dari Rafah menjelang serangannya ke atas bandar di selatan Gaza itu, kata penyiar Israel pada 5 Mei.


Tentera tidak memberikan pengesahan segera mengenai siaran di Radio Tentera itu, yang menyatakan pemindahan tertumpu pada beberapa daerah pinggir Rafah.

Mereka dipindahkan ke kawasan perkhemahan di Khan Younis dan Al Muwassi yang berdekatan.

Dalam apa yang kelihatan sebagai permulaan pemindahan orang awam menjelang serangan darat, tentera Israel menyeru rakyat Palestin di bahagian timur Rafah supaya berpindah ke “kawasan kemanusiaan” berdekatan.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata poster, mesej teks, panggilan telefon dan pengumuman media akan digunakan untuk “menggalak pergerakan beransur-ansur orang awam di kawasan tertentu”.

Tentera Israel berkata ia sedang memindahkan kira-kira 100,000 penduduk dari timur Rafah.

“Anggarannya ialah sekitar 100,000 orang,” kata jurucakap tentera kepada wartawan apabila ditanya berapa ramai orang yang dipindahkan.

Kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, tempat perlindungan terakhir yang dikira selamat bagi rakyat Palestin yang melarikan diri sedang Israel terus menyerang Gaza.

Prospek pencerobohan di Rafah mencetuskan kebimbangan besar daripada kumpulan bantuan global dan pemimpin dunia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, ditukil pada 3 Mei sebagai berkata Israel masih belum membentangkan “pelan yang boleh dipercayai untuk benar-benar melindungi orang awam yang berada dalam bahaya” dan tanpa rancangan sedemikian Washington “tidak dapat menyokong operasi ketenteraan besar-besaran Israel ke atas Rafah”.

Sejak perang meletus dan berterusan setelah tujuh bulan, Israel mendakwa Rafah menampung beribu-ribu pejuang Hamas dan kemenangannya dalam perang Gaza mustahil tanpa ia mengambil bandar itu.

Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menawan 240 orang sebagai tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel yang dianggap keterlaluan telah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin, menyebabkan sebahagian besar Gaza musnah dan mengakibatkan masalah kebuluran, kekurangan perubatan dan krisis kemanusiaan yang serius.

Tidak lama selepas perang di Gaza bermula, Israel mengarahkan penduduk di utara Gaza berpindah ke “zon selamat” di selatan wilayah itu, termasuk Rafah.

Tetapi Rafah telah berulang kali dibom dari udara dan rakyat Palestin kerap menyatakan tiada kawasan yang selamat di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >