Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hilang lima ahli keluarga dalam insiden letupan mercun di Narathiwat

Aug 01, 2023 | 02:43 PM



NARATHIWAT: “Kebimbangan ayah selama ini menjadi kenyataan,” kata Encik Yosdanai Bula yang kehilangan lima ahli keluarga dalam insiden letupan di sebuah gudang penyimpanan mercun dan bunga api di wilayah Narathiwat, selatan Thailand pada Sabtu.


Encik Yosdanai Bula, 36 tahun, seorang sukarelawan kampung menceritakan bahawa ayahnya, 63 tahun, dua adik perempuannya yang berusia 28 dan 29 tahun, serta dua anak saudaranya yang berusia empat tahun dan lapan bulan, turut menjadi antara 12 mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi di Munok, Sg Kolok pada Sabtu.

“Ayah pernah memberi amaran kepada pemilik gudang supaya tidak menyimpan mercun dan bunga api di gudang tersebut yang terletak di kawasan kampung, tetapi perkara itu tidak dihiraukan,” katanya dalam nada sedih.

Encik Yosdanai menambah bahawa dua hari sebelum kejadian, tiga lori dilihat menghantar stok mercun ke gudang tersebut.

Warga kampung juga membuat laporan polis berkenaan kebimbangan ini, namun tiada tindakan diambil sehingga tragedi berlaku.

Mengenangkan detik-detik getir, Encik Yosdanai menceritakan bahawa beliau berada kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika mendengar letupan yang kuat. Dengan segera, beliau bergegas pulang untuk menyelamatkan neneknya. Namun, letupan tersebut menyebabkan rumahnya runtuh dan terbakar.

Insiden tragis ini berlaku pada 3.30 petang waktu tempatan di Mundok, Sungai Kolok, dan ia telah meragut nyawa 12 orang serta mencederakan lebih daripada 100 orang.

Selain itu, lebih daripada 200 rumah dan kedai, serta 15 kenderaan turut musnah akibat kejadian ini. Jumlah kerugian akibat letupan ini dianggarkan sebanyak 100 juta baht ($3.8 juta).

Siasatan awal mendapati percikan api daripada kerja-kerja kimpalan dipercayai menjadi punca kepada letupan yang dahsyat itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >