Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kilang mercun meletup di Thailand, India; 10 maut di Narathiwat, 9 di Tamil Nadu

Jul 30, 2023 | 02:31 PM



BANGKOK: Dua kilang mercun meletup pada hari yang sama di dua negara berbeza, Thailand dan India, 


Beberapa mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan kebakaran rumah dan bangunan dalam letupan di gudang mercun di Narathiwat, Thailand.

Gabenor Narathiwat, Encik Sanon Pongaksorn, menyatakan pihaknya masih menunggu bantuan bagi membantu mencari beberapa mangsa yang terperangkap di dalam rumah dan bangunan yang runtuh.

Dalam kejadian letupan gudang mercun itu, sehingga 10 orang dilaporkan terkorban, lebih 100 lagi tercedera manakala 200 keluarga terjejas akibat letupan besar yang berlaku di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, wilayah Narathiwat, Thailand.

Ia berlaku di Pasar Mundok pada Sabtu, destinasi beli-belah popular bagi kebanyakan rakyat Malaysia di wilayah selatan Thailand itu.

Para penyiasat percaya letupan berpunca oleh kerja-kerja pengimpalan ketika kerja pembinaan bangunan itu yang merupakan gudang penyimpanan bunga api dan mercun.

“Siasatan awal menunjukkan punca letupan kesilapan teknikal semasa proses mengimpal keluli kerana bangunan itu masih dalam pembinaan,” kata Encik Sanon.

Rakaman di media tempatan menunjukkan kepulan asap besar, selain banyak kedai, rumah dan kenderaan terjejas teruk akibat letupan itu dengan ada daripadanya yang terbakar dan bumbung tercabut.

Saksi, Encik Seksan Taesen, yang tinggal 100 meter dari gudang itu, memaklumkan terdengar bunyi kuat dan guruh, selain seluruh rumahnya bergegar.

“Kemudian saya melihat bumbung rumah terbuka lebar. Saya lihat rumah runtuh di luar dan orang bergelimpangan... keadaannya huru-hara,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, siling sebuah rumah di Kampung Bukit Lata, Kelantan, yang terletak di seberang Sungai Golok itu runtuh akibat gegaran yang berlaku selama 10 saat.


Sementara itu, pada hari sama, satu letupan berlaku di sebuah kilang bunga api di Krishnagiri, wilayah Tamil Nadu, selatan India, yang membunuh sembilan orang dan mencederakan ramai mangsa.

Rumah dan kedai berdekatan turut rosak akibat letupan itu, kata pihak berkuasa kepada agensi berita Press Trust of India.


Gambar dan video dari lokasi kejadian memaparkan anggota polis dan bomba berada di tempat kejadian sementara usaha menyelamat giat dijalankan. Punca letupan bagaimanapun belum diketahui. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >