Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pemberian kontrak LTA dalam kes Iswaran: Goh Meng Seng dikenakan Pofma

Mar 28, 2024 | 03:04 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tidak memberi sebarang kontrak kepada mana-mana syarikat Encik David Lum Kok Seng sepanjang tempoh mantan menteri S. Iswaran memegang portfolio pengangkutan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 27 Mac.

MOT membuat penjelasan mengenai perkara itu sedang ia menggunakan undang-undang terhadap berita palsu untuk menangani dua hantaran ahli politik pembangkang, Encik Goh Meng Seng, pada 26 Mac di laman Facebook – Goh Meng Seng dan Parti Kuasa Rakyat Goh Meng Seng.

Encik Lum, 75 tahun, warga Singapura, ialah pengarah urusan syarikat pengurusan hartanah dan firma binaan Lum Chang, dan disebut dalam lapan tuduhan tambahan yang dikenakan terhadap Iswaran pada 25 Mac.

Mantan menteri itu didakwa memperoleh barangan berharga bernilai hampir $19,000 daripada Encik Lum antara November 2021 dengan November 2022, satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, lapor The Straits Times.


Penjawat awam melanggar undang-undang jika mereka menerima hadiah daripada orang yang terlibat dengan mereka dalam kapasiti rasmi.

MOT berkata dalam kenyataannya pada 27 Mac bahawa Iswaran dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dari 15 Mei 2021 hingga 17 Januari 2024, dan dakwaan Encik Goh bahawa ada “kontrak besar” telah diberikan kepada syarikat Encik Lum oleh LTA dalam tempoh itu adalah salah.

LTA ialah lembaga berkanun di bawah MOT.

Encik Goh telah dikenakan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma). Arahan itu diberikan Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Sejak itu, Encik Goh telah meletakkan notis pembetulan di samping hantaran berkenaan, menyatakan bahawa ia mengandungi kepalsuan dan menghubungkannya ke laman web berdasarkan fakta pemerintah.

MOT berkata salah satu syarikat Encik Lum, Lum Chang Building Contractors, mempunyai dua projek yang sedang dijalankan dengan LTA. Kedua-dua kontrak diberikan sebelum Iswaran dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Salah satu kontrak adalah untuk kerja penambahan dan pengubahsuaian stesen MRT Tanah Merah sedia ada dan jejambat sedia ada dan telah diberikan pada Oktober 2016, manakala satu lagi, pembinaan terowong Koridor Utara-Selatan antara Ang Mo Kio Avenue 3 dengan Ang Mo Kio Avenue 9, telah dianugerahkan pada Disember 2018.


LTA tidak memberi sebarang kontrak kepada Lum Chang Building Contractors sejak 2019, ujar MOT.


Iswaran, 61 tahun, kali pertama didakwa di mahkamah pada 18 Januari. Dia pada mulanya menghadapi 27 tuduhan, termasuk dua tuduhan rasuah. Kesnya kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >