Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

2 bekas eksekutif termasuk CEO Seatrium didakwa terlibat rasuah lebih $20j

Mar 28, 2024 | 03:53 PM



Dua bekas eksekutif, termasuk seorang eksekutif tertinggi, syarikat gergasi luar pesisir dan marin (O&M) Seatrium (sebelum ini dikenali sebagai Sembcorp Marine), didakwa pada 28 Mac atas kesalahan memberi rasuah lebih $20 juta untuk memajukan kepentingan perniagaan syarikat itu di Brazil.

Wong Weng Sun, 62 tahun, didakwa atas lima pertuduhan bersubahat secara rasuah memberi suapan kepada bekas perunding dengan Seatrium, Guilherme Esteves de Jesus (GDJ).

Wong ialah presiden, pengarah eksekutif dan ketua eksekutif Sembcorp Marine selama 14 tahun sehingga beliau berundur daripada firma itu pada Februari 2023.

Menurut laporan The Straits Times, dia didakwa memberi rasuah perunding bagi memajukan kepentingan perniagaan anak syarikat Seatrium, termasuk Jurong Shipyard, beberapa kali antara 2009 dengan 2014.


Wong, yang juga pengarah urusan Jurong Shipyard semasa kesalahan itu, didakwa menghalang proses keadilan.

Beliau berundur daripada Seatrium pada 2023, berikutan penggabungan unit Sembcorp Marine dan O&M Keppel.

Lee Fook Kang, 75 tahun, yang merupakan pengurus besar kanan Jurong Shipyard semasa kesalahan itu, juga menghadapi lima pertuduhan rasuah yang sama.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa pendakwa raya sedang berbincang dengan Seatrium mengenai perjanjian pendakwaan tertunda (DPA) yang memerlukan syarikat itu membayar penalti kewangan bagi kesalahan rasuah yang didakwa.

Wong diwakili peguam daripada WongPartnership, manakala Lee diwakili peguam daripada Matthew Chiong Partnership.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Daerah Eugene Teo.

Wong dan Lee masing-masing diikat jamin $210,000 dan $200,000.

Kedua-dua peguam bela meminta penangguhan dalam prosiding mahkamah, dengan peguam Wong menyatakan bahawa anak guamnya didakwa pada 27 Mac atas kesalahan berkaitan peristiwa yang berlaku 10 hingga 15 tahun lalu.

Wong didakwa mengarahkan dua pekerja Seatrium pada 2014 untuk memadamkan e-mel yang dihantar oleh GDJ mengandungi bukti rasuah yang telah atau akan diberikan oleh GDJ kepada orang lain.

Di bawah DPA yang dicadangkan, syarikat itu berkemungkinan perlu membayar penalti kewangan sebanyak AS$110 juta ($148 juta).

Sehingga AS$53 juta daripada jumlah itu boleh digunakan untuk mengimbangi pembayaran penyelesaian berjumlah 670.7 juta real Brazil ($181 juta) yang telah dicapai oleh syarikat dengan pihak berkuasa di Brazil.

AGC berkata ia mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan dalam kes ini, termasuk bukti yang ada dan menilai bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk memulakan pendakwaan.

Ini tidak seperti kes O&M Keppel dengan terdapat kesulitan pembuktian, tambahnya.

Pada Mei 2023, CPIB berkata ia “bertindak atas maklumat yang diterima” dan menyiasat Seatrium dan individu daripada syarikat itu atas dakwaan kesalahan rasuah di Brazil.

Kes mereka akan didengar lagi pada 23 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >