Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ye Kung perjelas alasan pesakit dikenakan bayaran tinggi apabila naik taraf dari wad kelas rendah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung perjelas alasan pesakit dikenakan bayaran tinggi apabila naik taraf dari wad kelas rendah

May 07, 2024 | 06:24 PM



Pesakit yang menginap di wad kelas rendah di hospital dan kemudian menaik taraf ke wad kelas lebih tinggi dikehendaki membayar lebih bagi penginapan mereka di wad yang mendapat subsidi besar.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pemerintah perlu menegah pesakit memilih kelas wad rendah di hospital untuk mendapatkan lebih banyak subsidi bagi rawatan lebih mahal – seperti pembedahan dan rawatan Unit Jagaan Rapi (ICU) – pada awal rawatan mereka dan kemudian bertukar ke kelas wad lebih tinggi setelah rawatan itu selesai.

Ramai daripada pesakit ini bukan daripada yang berpendapatan rendah dan boleh memilih kelas wad lebih tinggi dari awal, kata Encik Ong.

Justeru, jika seseorang pesakit itu memilih untuk menaik taraf wad mereka, tahap subsidi akan diselaraskan secara retroaktif, iaitu tarikhnya diundurkan, tambah beliau. 

Encik Ong menjawab soalan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) dan Encik Leong Mun Wai (Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura) dalam sidang Parlimen pada 7 Mei. 

Kementerian Kesihatan (MOH) baru-baru ini menerangkan tentang isu mengenakan bayaran secara retroaktif apabila pesakit bertukar antara kelas wad lebih tinggi dan lebih rendah dalam jawapannya di halaman forum The Straits Times pada April.


Seorang pembaca akhbar itu berkata adalah tidak adil ibunya yang sudah tua, yang dimasukkan ke hospital sebagai pesakit Kelas C, akan dikenakan bayaran lebih bagi rawatannya yang terdahulu jika beliau menaik taraf ke bilik yang menempatkan seorang pesakit sahaja dan menjadi pesakit Kelas A1.

Ini bermakna bil bagi penginapan awalnya sebagai pesakit Kelas C akan dilaraskan secara retroaktif untuk mencerminkan status Kelas A1 barunya, sekali gus menggandakan jumlah yang perlu dibayar, tulisnya.

Dalam jawapannya pada April, MOH berkata dasar semasa bertujuan tidak menggalak pesakit memilih kelas wad rendah untuk menikmati subsidi lebih tinggi bagi rawatan lebih mahal, seperti pembedahan, dan kemudian menaik taraf ke kelas wad lebih tinggi sebaik sahaja rawatan itu selesai.

Encik Ong berkata pesakit yang menginap di wad kelas lebih tinggi dan kemudian bertukar ke kelas wad rendah pada akhir penginapannya akan mendapat subsidi berdasarkan kelas dua wad itu.

“Ini adil. Malah, apabila permintaan untuk turun taraf disebabkan ketidakmampuan kerana komplikasi atau kos tambahan yang tidak dijangka, hospital awam akan mencari jalan untuk menyokong pesakit ini dari segi kewangan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >