Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengarah Cordlife beri pandangan berbeza mengenai kepimpinan syarikat

May 07, 2024 | 03:14 PM



Pengarah bank darah tali pusat bermasalah, Cordlife, memberi pandangan berbeza-beza mengenai siapa akan menyelia perkembangan yang masih berterusan syarikat itu di Singapura, jika resolusi bagi menyingkir beberapa anggota lembaganya diluluskan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu yang akan datang.

Mereka memberi pandangan berbeza dalam jawapan kepada pertanyaan daripada Bursa Singapura (SGX) pada 6 Mei, sebelum AGM syarikat itu pada 14 Mei.

Pemegang saham besar Cordlife, Nanjing Xinjiekou Department Store, telah memfailkan beberapa resolusi untuk menyingkir empat anggota pengarahnya, iaitu pemangku pengerusi Ho Choon Hou dan pengarah bebas Yeo Hwee Tiong, Titus Cheong dan Joseph Wong.

Sebelum ini, Encik Wong mengumumkan beliau akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah tersebut mulai 14 Mei, lapor The Business Times.


Ho, Yeo dan Cheong diberkas polis pada Mac berhubung salah kendali unit darah tali pusat (CBU) Cordlife.

Nanjing Xinjiekou juga ingin melantik tiga pengarah baru, iaitu Encik Teo Tong Kooi, Encik Xu Tianhong dan Encik Cai Yong.

Pemegang saham kawalan Cordlife, TransGlobal Real Estate Group, pula meminta supaya disingkir seorang pengarah, Encik Zhai Lingyun, dalam satu notis berasingan.

Pertikaian dalam kalangan pemegang saham itu berlaku sedang Kementerian Kesihatan (MOH) menemui beberapa kesilapan serius dalam pengurusan kemudahan penyimpanan CBU di Cordlife.

Syarikat itu telah diarah berhenti mengumpul, menguji, memproses dan/atau menyimpan sebarang CBU selama enam bulan mulai 15 Disember 2023.

Menyedari bahawa resolusi AGM itu bertujuan menggantikan sebilangan besar pengarah syarikat itu, SGX bertanya kepada Cordlife mengenai cara lembaga pengarah tersebut akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memastikan usaha berterusan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lembaga pengarah Cordlife memberi tiga jawapan berbeza.

Dalam respons pertama, Ho, Yeo dan Cheong berkata mereka “tidak mengetahui mengenai sebarang strategi atau rancangan” berhubung hal tersebut.

Ketiga-tiga mereka menambah bahawa pengarah Nanjing Xinjiekou, yang ingin menyingkir mereka, tidak terlibat secara peribadi atau hadir di Singapura untuk menyertai usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mereka melahirkan kebimbangan bahawa pengarah baru yang dicadangkan “tidak mempunyai masa yang cukup untuk memahami masalah yang dihadapi”, khususnya dalam bekerjasama dengan MOH, SGX dan pelanggan yang terjejas.

Dalam pada itu, KPMG telah menarik diri sebagai juruaudit luar Cordlife baru-baru ini.

Respons kedua diberikan oleh dua pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Cordlife, Encik Zhai dan Cik Chen Xiaoling, yang merupakan pengarah yang dicalon oleh Nanjing Xinjiekou.

Kededua mereka berkata bahawa soalan daripada SGX perlu ditangani oleh lembaga pengarah syarikat itu selepas AGM.

Respons ketiga diberikan oleh pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Cordlife, Encik Chow Wai Leong.

Encik Chow berkata beliau akan terus berkhidmat untuk kerja penambahbaikan yang sedang dilakukan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >