Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Tiada nahas serius dari 2019 hingga 2023 di lokasi kemalangan maut Tampines

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada nahas serius dari 2019 hingga 2023 di lokasi kemalangan maut Tampines

May 07, 2024 | 07:02 PM



Tiada nahas yang mengakibatkan kecederaan serius atau kematian dari 2019 hingga 2023 di simpang Tampines Avenue 1 dengan Tampines Avenue 4, tempat berlaku satu kemalangan maut pada 22 April.

Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata demikian di Parlimen pada 7 Mei semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) menyusuli nahas jalan raya di situ, yang mengorbankan pelajar Maktab Rendah Temasek berusia 17 tahun, Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, dan pekerja syarikat First Choice Pest Control, Allahyarhamha Norzihan Juwahib, 57 tahun. 

Enam yang lain cedera dalam kemalangan itu, termasuk seorang pemandu Muhammad Syafie Ismail, 42 tahun, yang telah didakwa atas empat kesalahan, termasuk memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Dalam respons kepada soalan mengenai meningkatkan keselamatan jalan raya berikutan kemalangan maut itu, Dr Khor berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menitik berat keselamatan dengan memastikan jalan raya di sini dibina dengan mengambil kira aspek keselamatan serta memastikan kenderaan yang dipandu di sini selamat digunakan.

Beliau berkata simpang di Tampines itu dibina mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Antara ciri keselamatan di situ ialah garis penglihatan yang mencukupi agar pengguna jalan raya dapat melihat antara satu sama lain dengan jelas.

Ia juga dilengkapi bebendul jalan, lorong dan tanda anak panah sesuai dipasang dengan jelas, kata Dr Khor, menjawab soalan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) mengenai peruntukan keselamatan di simpang itu.

Beliau berkata LTA tidak menerima maklum balas mengenai isu keselamatan di simpang itu sebelum nahas tersebut.

“Antara 2019 dengan 2023, juga tidak ada kemalangan yang melibatkan kecederaan serius atau kematian di persimpangan itu,” katanya.

Dr Khor juga berkata LTA menyemak simpang itu selepas kemalangan tersebut dan tidak akan membuat peningkatan keselamatan pada masa ini.

“Kami akan menunggu siasatan Polis Trafik (TP) selesai dan menyemak semula jika langkah lain perlu diambil. Ini adalah pendekatan yang kami ambil bagi semua lokasi selepas kemalangan serius berlaku,” tambahnya.

Pihak berkuasa juga akan terus mengkaji, membangun dan melaksana program untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, kata Dr Khor

Bagi membangun dan melaksana peningkatan keselamatan jalan raya tersasar, beliau berkata LTA menggunakan data daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kemalangan trafik daripada TP dan maklum balas daripada masyarakat tempatan dan pengguna jalan raya.

Selain itu, LTA menjalankan pemeriksaan untuk memastikan kenderaan layak digunakan di jalan raya, selain menyokong Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam mendidik dan melibatkan pemandu tentang amalan keselamatan jalan raya.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan kami menggesa semua pengguna jalan raya supaya memainkan peranan mereka, sedang kami melakukan lebih banyak lagi untuk menjadikan infrastruktur kami lebih selamat untuk semua orang,” ujar Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >