Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Penguatkuasaan, pendidikan keselamatan jalan raya dipertingkat susuli nahas Tampines: Faishal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan, pendidikan keselamatan jalan raya dipertingkat susuli nahas Tampines: Faishal

May 07, 2024 | 07:18 PM



Bilangan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan atau kematian berkurangan dengan ketara sepanjang lima tahun lalu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Jumlah kemalangan sedemikian berkurangan sekitar 10 peratus, daripada 7,822 pada 2019 kepada 7,075 pada 2023, ujarnya.

Melihat pada statistik itu, jalan raya Singapura “sekarang lebih selamat”, kata Dr Faishal.

Namun, beliau berkata jumlah kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian meningkat sekitar 12 peratus daripada 117 pada 2019 kepada 131 pada 2023.

Terdapat 71 kemalangan maut pada separuh pertama 2023 dan 60 pada separuh kedua.

Dr Faishal berkata demikian di Parlimen pada 7 Mei semasa menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai landskap keselamatan jalan raya di Singapura, berikutan kemalangan yang mengorbankan seorang wanita berusa 57 tahun dan seorang pelajar maktab rendah berumur 17 tahun.

Menurutnya, punca utama kemalangan maut dalam lima tahun itu ialah kegagalan mengawasi keadaan sekitar serta kegagalan mengawal kenderaan.

Beliau turut berkongsi bahawa setiap tahun, sekitar tiga kemalangan maut disiasat kerana pemandunya didapati memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Ini membentuk sekitar 2.4 peratus kemalangan maut setiap tahun.

Selain itu, 27 peratus kemalangan maut berpunca daripada kesalahan memandu laju, dengan purata 29 kejadian sedemikian berlaku setiap tahun.

Menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) tentang adakah keperluan mengkaji semula hukuman sedia ada di bawah Akta Trafik Jalan Raya (RTA), Dr Faishal berkata undang-undang yang diperuntukkan hari ini “sudah agak berat”.

Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menaikkan penalti bagi kesalahan trafik “secara ketara” pada 2019.

Di bawah RTA, mereka yang disabitkan kesalahan memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian mungkin berdepan hukuman penjara antara dua hingga lapan tahun bagi kesalahan pertama dan hingga 15 tahun bagi kesalahan berikutnya.

Selain itu, pesalah boleh digantung daripada memandu sekurang-kurangnya 10 tahun, yang bermula selepas dibebaskan dari penjara.

Pesalah kali pertama dalam kes lebih berat boleh dihukum penjara hingga lapan tahun dan dilarang memandu selama 18 tahun.

“Kami kerap menyemak pelbagai aspek rangka kerja. Dalam konteks ini, kami telah mengkaji rangka kerja kecukupan jumlah komposisi dan mata penalti atau demerit points,” kata Dr Faishal.


Mengenai soalan berkaitan penguatkuasaan, Dr Faishal berkata dalam tempoh enam minggu lalu, Polis Trafik (TP) telah meningkatkan usaha penguatkuasaannya, menyebabkan hampir 1,400 pelanggaran lalu lintas dikesan dan 29 pemandu kenderaan ditahan atas kesalahan berkaitan lalu lintas dan kesalahan lain.

Di samping itu sejak bulan lalu, TP telah mengaktifkan ciri penguatkuasaan kelajuan secara berperingkat pada kamera lampu merah di seluruh negara, memberi tumpuan pada lokasi berisiko tinggi.

Sehingga kini, kamera tersebut telah mengesan lebih 800 kesalahan pelanggaran had kelajuan.

“Walaupun kamera penguatkuasaan berguna untuk pencegahan, ia tidak boleh dipasang di semua persimpangan trafik dan lintasan zebra, disebabkan sekatan dari segi laluan jalan raya dan kekangan lain,” ujar Dr Faishal.

Beliau menambah bahawa orang ramai boleh melaporkan pelanggaran trafik melalui aplikasi E-Services atau Police@SG.

Dalam usaha mempromosikan pemanduan lebih selamat, Dr Faishal berkongsi bahawa pemandu yang layak boleh menyertai Kursus Pemanduan Selamat dan boleh mendapatkan potongan empat mata penalti setelah mereka menyelesaikannya.

Beliau mendedahkan bahawa TP telah mempergiatkan usaha pendidikan dan pelibatannya dengan bekerjasama dengan pertubuhan seperti Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC), SBS Transit dan Grab untuk menganjurkan acara dan kempen yang mempromosikan keselamatan jalan raya serta menggalak amalan pemanduan bertanggungjawab.

TP juga akan menerbitkan beberapa siri video keselamatan jalan raya pada separuh kedua tahun ini, tambahnya.

Menjawab soalan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) apakah pemandu diwajibkan menghadiri kursus penyegaran berkala, Dr Faishal berkata kursus sedemikian merupakan satu “pilihan” dan ia adalah untuk pemandu yang tidak memandu selama beberapa tahun.

“Kami tidak fikir adalah berguna untuk mewajibkan kursus penyegaran ke atas semua pemandu. Hanya minoriti pemandu sahaja yang terlibat dalam kemalangan.

“Sebilangan besar pemandu kenderaan kekal bebas daripada kesalahan selama bertahun-tahun, jika pun tidak sepanjang tempoh sejarah pemanduan mereka. 

“Kebanyakan kemalangan berlaku kerana tingkah laku jalan raya yang buruk dan bukannya kerana tidak berpengalaman,” ujar beliau lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >