Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SEMPENA HARI BAPA

Luar biasa... begitulah perasaan saya baru jadi bapa

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



"Ayah. Abah. Abi. Baba. Papa. Daddy.



"Hmmm...panggilan apa yang 'kena' eh dengan saya?"



Yang menghairankan, ketika itu anak sulung saya belum lagi dilahirkan, tetapi dibenak sempat pula saya fikirkan tentang panggilan yang sesuai digunakan anak saya untuk memanggil saya apabila dia fasih berbicara nanti.



Dalam banyak-banyak perkara, mungkin itu adalah antara perkara yang tidak perlu saya bimbangkan sebelum menimang cahaya mata pertama.



Seperti yang dikongsikan keluarga serta rakan-rakan - dengan ada di antara mereka yang sudahpun beranak-pinak - banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan.



"Dah jadi bapa nanti, kamu perlu menetapkan keutamaan kamu dengan bijak!" - antara nasihat yang diberikan abah saya sendiri apabila saya dinaikkan "pangkat" pada Mac lalu.



Namun lumrah kehidupan, dengan setiap tahap kehidupan yang didaki, tanggungjawab yang lebih besar menanti.



Dan abah sering berpesan, tanggungjawab sebagai ketua keluarga tidak harus diabaikan.



'Tanggungjawab' - satu perkataan berat dan boleh menimbulkan rasa gelisah ketika mendengarnya.



Adakah saya mampu memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan baik?



Jujur kata, ini merupakan persoalan yang sukar dan mungkin tidak dapat saya jawab ketika ini.



Namun ia tidak bermakna saya tidak bersedia dan akan 'lepas tangan' serta mudah berputus asa sekiranya berdepan dengan cabaran.



Satu perkara yang saya sedar setelah menjadi seorang bapa ialah ikatan keluarga amat penting dan anda juga perlu menjadikan keluarga sebagai keutamaan tertinggi.



Dalam pada itu, apabila seseorang bergelar bapa, kehidupan tidak lagi berkisar kepada keinginan dan keperluan diri sendiri sahaja.



Perjalanan sebagai bapa juga merupakan peluang untuk saya menentukur semula kehidupan dan impian saya agar selaras dengan matlamat baru.



Dengan itu, beberapa pengorbanan perlu dilakukan.



Bak rangkap seni kata dalam lagu 'Berkorban Apa Saja' ciptaan dan nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:



Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa.



Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.



Kepentingan sendiri tidak diingini. Bahgia kekasih saja yang diharapi.



Justeru, saya kini mempunyai motivasi dan alasan baru untuk bekerja lebih keras dan melakukan yang terbaik dalam segala tugas yang diberikan.



Tidak dapat dinafikan, diri ini bergelut dengan pelbagai emosi pada saat saya memegang bayi kecil yang selamat dilahirkan ke dunia dengan izin Tuhan.



Tumpuan saya beralih kepada seribu satu persoalan yang timbul dan sukar dielak.



Antaranya, "adakah tindakan saya akan membantu atau menghalang anak saya?", "apa yang boleh saya dan isteri lakukan untuk memastikan kami mempunyai pemikiran yang sama dalam membimbing anak kami?", "bagaimana saya dapat perbaiki diri saya?" dan "adakah pengetahuan yang saya perolehi sudah cukup untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa?".



Bahkan dalam saya mencari jawapan bagi soalan-soalan ini, ia hanya mencetus soalan baru.



Bagaimanapun, ini membuat saya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik demi anak dan isteri.



Saya ingat tukilan dalam satu penulisan yang saya terbaca di Internet tentang kebapaan:



"Kebapaan adalah satu khidmat yang diberikan khas untuk keluarga sahaja".



Selepas hampir tiga bulan hidup ini dipenuhi dengan tangisan dan tawa si kecil, saya kini lebih selesa menjadi seorang bapa.



Jika terdapat ungkapan yang boleh saya persetujui, ia adalah "menjadi seorang bapa merupakan satu perasaan yang sangat luar biasa".



Meski sukar pada mulanya - dengan jeritan tangisan di tengah-tengah malam serta percubaan menenangkan bayi saya - ia menjadi lebih mudah dari hari ke hari.



Tentunya saya juga perlu beri penghargaan kepada isteri saya, Shaikha Nadiah, yang tidak pernah kenal erti penat dan membantu memudahkan tanggungjawab bersama ini.



Kini setiap pagi, satu-satunya perkara yang saya nantikan adalah tangisan anak lelaki saya.



Dan melihat wajahnya sekali gus akan membuat saya lebih bersemangat untuk memulakan hari dengan positif.



Hari ini merupakan pertama kali saya menyambut Hari Bapa sebagai seorang bapa.



Ia akan disambut dengan penuh kesederhanaan kerana giliran saya bertugas pada hujung minggu ini.



Saya tidak mengeluh malah tetap bersyukur kerana masih mampu bekerja sambil menatap wajah si comel di rumah.



Walaupun masih belum boleh memanggil saya ayah, abah, abi, baba, papa atau daddy, mendengar anak saya "ngoceh-ngoceh" cukup untuk menghiburkan hati saya.




Jika terdapat ungkapan yang boleh saya persetujui, ia adalah "menjadi seorang bapa merupakan satu perasaan yang sangat luar biasa".

Meski sukar pada mulanya - dengan jeritan tangisan di tengah-tengah malam serta percubaan untuk menenangkan bayi saya - ia menjadi lebih mudah dari hari ke hari. Tentunya saya juga perlu beri penghargaan kepada isteri yang tidak pernah kenal erti penat dan membantu memudahkan tanggungjawab bersama ini.

Kini setiap pagi, satu-satunya perkara yang saya nantikan adalah tangisan anak saya, dan melihat wajahnya sekali gus akan membuat saya lebih bersemangat untuk memulakan hari dengan positif.

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >