Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Imbangi aspirasi rakyat dengan komitmen kepada matlamat asal dasar perumahan

Aug 13, 2023 | 05:30 AM



Dalam Amanat Hari Kebangsaannya, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mendedahkan pemerintah bakal melaksanakan beberapa perubahan kepada dasar perumahan di sini bagi memastikan harga flat-flat HDB kekal dimampui, adil dan inklusif.

Perjalanan perumahan negara ini merupakan antara pencapaiannya yang diiktiraf dan dicemburui secara global.

Kita memiliki antara kadar pemilikan rumah yang tertinggi di dunia, sekitar 89 peratus pada akhir 2022.

Di tengah-tengah pasaran hartanah yang juga merupakan antara termahal di Asia, Singapura mampu memastikan perumahan kekal dimampui, termasuk oleh pasangan muda yang baru mula bekerja dan mendirikan rumah tangga.

Namun, pemerintah bukan hanya berjaya memastikan pasangan muda dan keluarga di sini mampu memiliki rumah. Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) turut membangunkan kejiranan dan flat yang memenuhi aspirasi penduduk yang semakin canggih.

Justeru, di situlah terletak cabarannya.

Aspirasi penduduk sentiasa berubah dan dasar perumahan tidak dapat mengikuti perubahan tersebut sepenuhnya.

Sejauh mana sekalipun HDB cuba melakar dasar-dasar yang sejajar dengan aspirasi penduduk, ia tidak dapat meramalkannya secara tepat, apatah lagi memenuhi semua aspirasi tersebut.

Justeru, pembentukan dasar perumahan setempat harus sentiasa kembali kepada tujuan asal, yang bersandarkan tiga prinsip penting, bagi mencapai matlamat jangka pendek dan panjang.

Pertama, menyediakan perumahan bagi orang ramai adalah satu tanggungjawab nasional dan HDB perlu kekal dengan misinya untuk menyediakan perumahan bagi seluruh negara, bukan hanya kumpulan tertentu contohnya mereka yang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu, dasar perumahan awam perlu dibangunkan dengan memanfaatkan sumber negara dengan ciri-ciri pasaran terbuka hanya digunakan untuk menambah nilai kepada rumah yang dimiliki rakyat.

Dan yang ketiga, pemerintah harus sentiasa peka, memandangkan sumber nasional yang dimafaatkan untuk menjayakan dasar perumahan, dasar perumahan hari ini tidak boleh menjejas peluang perumahan generasi akan datang.

Ini bermakna, memastikan perumahan kekal dimampui dan diakses semua perlu dimbangi dengan kepentingan memelihara rizab negara serta sumber kewangan dan tanah Singapura.

Justeru, pendekatan yang wajar ialah mempertimbangkan keperluan sebahagian besar warga – iaitu untuk rumah yang dimampui dan berkualiti dengan pilihan memanfaatkan nilainya yang bertambah sebagai antara sumber dana persaraan – dengan berteraskan tiga matlamat tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >