Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BADAN MELAYU

Suntikan segar untuk wanita

Presiden baru PPIS mahu pastikan sokongan kepada kaum hawa akan terus jadi keutamaan persatuan
Dec 27, 2020 | 05:30 AM



BERBAJU kurung lengkap dengan selendang di bahu sambil memakai sneakers, beliau berseloroh dengan jurugambar supaya mencari angle terbaik bagi gambar yang bakal disiarkan di akhbar.



Keterampilan presiden baru Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, yang juga menjadi trademark beliau, seolah-olah menyuntik kesegaran terhadap fesyen tradisional yang digabungkan dengan unsur lebih ranggi.



Sebagai presiden PPIS paling muda yang dilantik sejauh ini, beliau berazam menerapkan unsur segar itu dalam kerja-kerja yang bakal diusahakan di bawah persatuan itu.



GABUNGAN PEMIMPIN BERPENGALAMAN DAN BARU



Biarpun dilantik pada usia yang muda, beliau pastinya bukan muka baru dalam persatuan tersebut.



Beliau mula berkhidmat dalam PPIS pada 2011 sebagai sukarelawan dan dilantik sebagai naib presiden pada 2016.



Setelah memegang jawatan naib presiden PPIS selama empat tahun, Cik Hazlina dilantik mengambil alih tempat Cik Rahayu Mohamad, 53 tahun, sebagai presiden semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-49 awal bulan ini.



Cik Rahayu telah menerajui persatuan itu selama enam tahun, yang juga merupakan had perlembagaan itu.



Selama berkhidmat sebagai naib presiden di PPIS, Cik Hazlina juga telah mewakili badan tersebut di peringkat nasional seperti di Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) dan juga peringkat antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).



Justeru, Cik Hazlina menganggap pelantikan itu sebagai penyerahan 'baton' kepada beliau oleh Cik Rahayu.



Tambahnya, oleh kerana pemimpin-pemimpin berpengalaman seperti Cik Rahayu masih lagi menyumbang khidmat, mereka dapat memberikan bimbingan yang dapat dimanfaatkan persatuan itu dan juga pemimpin serta anggota baru.



"Persatuan ini dapat meraih manfaat daripada pemimpin yang sudah berpengalaman, dan pada masa yang sama anggota baru pula datang membawa idea-idea baru. Setiap seorang daripada kami menyumbang dengan cara yang berlainan," katanya dalam temu ramah bersama Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Tambahnya: "Sebagai anggota persatuan yang lebih muda, saya harap untuk menjangkau demografik golongan belia yang sebelum ini belum terlibat dan memberikan mereka peluang untuk menyumbang dan berkhidmat kepada masyarakat. Kami percaya golongan belia dapat menjadi pemangkin untuk teruskan usaha ini. "



Di luar penglibatannya dalam persatuan itu, Cik Hazlina mempunyai pengalaman luas dalam sektor media yang diceburinya selama 15 tahun.



Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di politeknik setempat selama tiga tahun.



Kini, beliau bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dalam bahagian ehwal awam.



INGIN TERUS DALAMI KEPERLUAN WANITA



Sokongan yang dapat diberikan kepada golongan wanita dalam fasa berbeza kehidupan mereka akan terus menjadi keutamaan persatuan tersebut, kata Cik Hazlina.



Beliau menambah, antara bidang tumpuan PPIS pada masa akan datang adalah untuk mempertingkat usaha mendekati golongan hawa dari pelbagai latar belakang untuk terus mengkaji dan memenuhi keperluan mereka.



"Kami ingin memahami wanita dengan lebih baik, apa yang mereka perlukan, apa aspirasi mereka dan bagaimana kami (sebagai persatuan) dapat membantu mereka mencapai apa yang diinginkan,'' ujarnya.



Antaranya adalah dengan memastikan mereka terus mempunyai persekitaran yang baik di rumah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang ingin dicapai.



"Keadaan yang stabil di rumah serta sokongan yang kukuh, tidak kira daripada pasangan, keluarga, rakan atau persatuan seperti PPIS, perlu untuk wanita terus memacu kemajuan dari segi kerjaya dan juga kehidupan masing-masing," katanya.



Cik Hazlina turut menekankan apa yang dimaksudkan dengan rumah tidak semestinya berupa keluarga nuklear tapi mungkin dibentuk oleh saudara mara, rakan atau apa sahaja yang menjadi tempat bergantung wanita tersebut.



Justeru, Cik Hazlina berkata program-program untuk masyarakat akan terus dipertingkat dan pada masa yang sama mendakap arus pendigitalan yang bertambah pesat akibat pandemik Covid-19.



Selain itu, PPIS juga bakal menumpukan perhatian terhadap menyediakan khidmat rumah peralihan bagi bekas penagih wanita yang dijangka siap menerima penghuni pertama mereka jelang 2023.



Usaha tersebut merupakan kerjasama PPIS dan Khidmat Penjara Singapura (SPS).




"Kami ingin memahami wanita dengan lebih baik, apa yang mereka perlukan, apa aspirasi mereka dan bagaimana kami (sebagai persatuan) dapat membantu mereka mencapai apa yang diinginkan... Keadaan yang stabil di rumah serta sokongan yang kukuh, tidak kira daripada pasangan, keluarga, rakan atau persatuan seperti PPIS, perlu untuk wanita terus memacu kemajuan dari segi kerjaya dan juga kehidupan masing-masing.''
- Presiden baru Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.




PRESIDEN BARU PPIS 



Nama: Hazlina Abdul Halim

Usia: 35 tahun

Status: Sudah berumah tangga

Jawatan: Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS)

Khidmat:



  • Menyertai PPIS pada 2011

  • Menyandang jawatan naib presiden sejak 2016

Pekerjaan:



  • Karyawan media (15 tahun)

  • Pensyarah politeknik (3 tahun)

  • Jabatan Ehwal Awam di Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura (sekarang)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >