Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasih kuat walau sudah 53 tahun bertugas di SGH
Atendan penjagaan kesihatan berusia 74 tahun antara kakitangan paling lama bekerja di hospital itu
Masih kuat walau sudah 53 tahun bertugas di SGH
MASIH jelas dalam ingatan Encik Abdul Karim Sitri apabila beliau diperlukan bertugas untuk membantu menolak pesakit yang mengalami kelecuran serius akibat letupan kapal minyak Greece Spyros lebih 40 tahun lalu.
Bencana industri yang berlaku pada 12 Oktober 1978 itu, yang disifatkan sebagai bencana pascazaman peperangan terburuk dari segi kehilangan nyawa di Singapura, membunuh 76 orang manakala 69 yang lain pula cedera.
