Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMBUAT TRANSFORMASI ESOK, HARI INI

Latihan bantu pekerja pertajam kemahiran dalam penceritaan visual

Tuntutan mempelajari kemahiran baru atau mempertingkat kemahiran sedia ada akan terus meningkat sedang Singapura meneruskan transformasi ekonomi dan mencipta pekerjaan baru dalam pelbagai sektor. Pekerjaan dan kemahiran adalah antara peta jalan khusus sektor Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) dalam Perancangan Perubahan Industri (ITM) 2025. Dua syarikat, Vicinity Studio dalam sektor media dan Ocean Network Express dalam sektor perkapalan, menggalakkan pekerjanya mempertingkatkan kemahiran dan mencipta pekerjaan baru dalam usaha mengembangkan syarikat.
mti
Nov 03, 2022 | 06:44 AM



BARU lebih setahun Cik Nur Amirah Mohd Ripin menyertai syarikat penerbitan video Singapura, Vicinity Studio sebagai penyunting video, beliau bukan sahaja diberi latihan memperbaiki penceritaan visual dengan SkillsFuture Singapore (SSG).



Bahkan, beliau diberikan peranan kepimpinan di dalam syarikat tersebut untuk membimbing dua penyunting video yang lebih muda dan kurang berpengalaman.



Cik Nur Amirah telah menjalani kursus penceritaan visual ditaja syarikat di bawah dana Program Bantuan Latihan Kesatuan (UTAP) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Hasil latihan yang disertai di SSG, beliau dapat menyampaikan kandungan yang lebih menarik untuk menambat hati penonton.



Tahun lalu, beliau berjaya menyunting sebuah filem dokumentari bertajuk Being Silver yang diterbitkan buat Hospital St. Luke's dengan kerjasama Ketua Penerbit Vicinity Studio, Cik Cherlyn Ng Yu Hui.



Pengalaman itu cukup berharga bagi Cik Amirah yang mempunyai lima tahun pengalaman dalam bidang penyuntingan video.



Peluang mempertingkat kemahiran dan laluan kerjaya yang jelas dapat disediakan majikannya kerana ia mempunyai Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC).



CTC dibentuk hasil kerjasama Kesatuan Penerbitan dan Media Kreatif (CMPU) NTUC yang telah melaksanakan Peta Hala Tuju Teknologi Operasi (OTR), pelan kerja tiga tahun untuk mengubah perniagaan dan tenaga kerja.



CTC Vicinity Studio terdiri daripada ketua penerbit dan ketua kesatuan, Cik Ng, 33 tahun, dan penyelia pascapenerbitan dan ketua kesatuan, Encik Mok Wei Min Jason, 29 tahun.



Sebelum ada CTC, Cik Ng berkata pengasas syarikat ini, Encik Kevin Ng, asalnya mengurus hampir semua perihal syarikat daripada jabatan sumber manusia (HR), penjualan dan penerbitan.



Kini, Vicinity Studio mempunyai jabatan berbeza yang khusus seperti HR, penjualan dan penerbitan.



Ia juga mencipta laluan kerjaya buat pekerja dengan menggalakkan mereka mempertingkat kemahiran dengan turut serta beraneka kursus yang ditawarkan NTUC.



Vicinity Studio ditubuhkan pada 2017 oleh Encik Ng, lulusan diploma dalam jurusan Video dan Bunyi Filem dari Politeknik Ngee Ann, bagi memberi tumpuan kepada penerbitan video dan kandungan menarik berkenaan kemasyarakatan dan kemanusiaan bagi klien korporat dan pertubuhan tidak mengaup keuntungan.



"Sejak Vicinity Studio menjadi anggota CMPU, kami telah berkembang dan kini mempunyai seramai 45 pekerja," ujar Cik Ng.



Antara kursus yang disertai para pekerja syarikat ini adalah kursus pencahayaan dari AV8 Media dan kursus penceritaan visual dari Sekolah Reka Bentuk First Media.



Encik Mok berkata syarikat ini menerima lebih banyak permintaan untuk menerbitkan video komersial dengan naratif yang lebih kreatif.



Tahun ini, ia begitu sibuk kerana mempunyai rakaman video melebihi lima kali seminggu berbanding dua hingga tiga kali seminggu tahun lalu.



Cik Amirah perhatikan majikannya mempunyai laluan kerjaya yang jelas bagi memberikan pekerja peluang meningkatkan diri berbanding pengalamannya sebelum ini.



"Di Vicinity Studio, Encik Ng selalu mengingatkan kami untuk mempertingkat kemahiran dan turut serta dalam aneka latihan anjuran NTUC yang ditaja syarikat. Ini membuat saya lebih bersemangat untuk bekerjasama dengan pengarah dan penerbit syarikat ini dan memperbaiki kandungan video melalui penyuntingan," kata Cik Amirah, yang berkelulusan diploma dalam jurusan Filem Digital dan Televisyen.



Beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dalam jurusan komunikasi dengan minor dalam pemasaran kandungan digital dari Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) secara sambilan.




"Di Vicinity Studio, Encik Ng selalu mengingatkan kami untuk mempertingkat kemahiran dan turut serta dalam aneka latihan anjuran NTUC yang ditaja syarikat. Ini membuat saya lebih bersemangat untuk bekerjasama dengan pengarah dan penerbit syarikat ini dan memperbaiki kandungan video melalui penyuntingan.''
- Cik Nur Amirah Mohd Ripin.




RENCANA INI DIBAWAKAN OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN (MTI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >