Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice pastikan barangan keperluan kekal dimampui

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



KENAIKAN harga barangan secara amnya adalah akibat cabaran global dan inflasi yang meningkat seperti keadaan pandemik Covid-19 yang masih wujud dan ketegangan Russia-Ukraine yang telah menjejas semua orang daripada perniagaan hingga pelanggan.



Ekoran itu, Ketua Pegawai Perolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam, berkata FairPrice sebagai sebuah perusahaan sosial berusaha memastikan agar barangan keperluan kekal mampu buat pelanggan dengan menggunakan pendekatan pelbagai serampang.



Seiring dengan cogan kata FairPrice, 'Greater Value Every Day' (Nilai Lebih Tinggi Setiap Hari), FairPrice menawarkan nilai baik kepada pelanggan melalui jenama milik iaitu house brand FairPrice.



Encik Tng berkata FairPrice mempunyai lebih 2,000 produk 'house brand' dalam kategori segar, beku, makanan kering dan produk bukan makanan.



Produk-produk tersebut dicari dari melebihi 55 negara dan 450 pembekal di serata dunia termasuk Italy, Australia dan Jepun berserta Singapura untuk memberi mutu dan nilai yang lebih baik.



Ia juga tetapkan penanda aras harga dengan peruncit lain untuk menurunkan harga mereka.



Sebagai contoh, kit ART di pasaran asalnya berharga melebihi $10 bagi setiap kit. FairPrice adalah peruncit pertama untuk membawa masuk kit ART, FlowFlex, dengan harga $5 bagi setiap kit. Kini, ia mempunyai kit ART yang berharga $2.45 setiap satu.



FairPrice juga cuba mempelbagaikan sumber dari melebihi 100 negara dan membeli secara langsung, awal atau pukal bagi mendapat kos lebih rendah sekali gus memberi nilai lebih baik buat pelanggan, kata Encik Tng.



Kini, FairPrice telah melancarkan inisiatif, "Greater Value Every Day" yang membolehkan pelanggan mendapat nilai lebih tinggi setiap hari semasa membeli barangan di pasar raya FairPrice.



Pelanggan boleh mencari ikon, "Everyday Low Price" (Setiap Hari, Harga Rendah); "Price Drop Buy Now" (Harga Turun, Beli Sekarang); "Save Even More" (Lebih Jimat Lagi); dan "New & Exclusive" (Baru dan Eksklusif) semasa berbelanja di FairPrice untuk menikmati lebih penjimatan.



"Wadah nilai lebih tinggi setiap hari bertujuan memberi penjimatan kepada empat segmen pelanggan utama FairPrice - keluarga dengan bajet terhalang, generasi pertengahan, keluarga muda dan warga tua,'' ujar Encik Tng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >