Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura ingin jadi tuan rumah Kejuaraan Catur Dunia

May 07, 2024 | 03:17 PM



Salah satu pertandingan catur terbesar mungkin diadakan di Singapura pada akhir 2024, menurut Persekutuan Catur Singapura (SCF) yang berhasrat menjadikan Singapura sebagai tuan rumah Kejuaraan Catur Dunia.

Ketua SCF Kevin Goh memberitahu The Straits Times pada 6 Mei bahawa idea untuk menjadi tuan rumah kejuaraan dunia tersebut tercetus pada April semasa beliau berada di Pertandingan Candidates di Toronto.


Beliau menyaksikan Grandmaster atau jaguh catur dari India, Gukesh Dommaraju, 17 tahun, memenangi pertandingan itu dan akan menentang juara bertahan dari China, Deng Liren, di Kejuaraan Catur Dunia yang mungkin diadakan pada 20 Nov - 15 Dec 2024.

Encik Goh, 40 tahun, mengulas tentang kemenangan Gukesh, dengan berkata: “Ia adalah pencapaian yang sangat cemerlang untuk seorang pemain muda. Kami juga sedari ini akan menjadi India lawan China untuk pertama kali di kejuaraan itu.”

“Kami juga sedar Singapura boleh menjadi tempat berkecuali yang baik dan kedua-dua budaya sudah berakar umbi di dalam masyarakat kami.”

Beliau yakin kejuaraan dunia di Singapura mampu “memberi inspirasi kepada generasi baru” pemain catur dan meningkatkan jumlah peminat catur di sini.

Encik Goh berkata SCF sedang berunding dengan beberapa pihak dari sektor swasta dan pemerintah, “untuk pertimbangkan satu tawaran yang sesuai”.

Salah satu cabaran utama adalah belanjawan sekitar AS$8.5 juta ($11.5 juta), dengan AS$2.5 juta dianugerahkan kepada pemain, AS$1.1 juta kepada Persekutuan Catur Antarabangsa (Fide) untuk yuran pelesenan, dan selainnya untuk kos lokasi dan penganjuran.

Encik Goh mengakui ada cabaran mencari penaja, tetapi yakin mereka boleh merundingkan perjanjian berdasarkan reputasi Singapura di dunia.

Singapura mempunyai suasana catur yang berkembang, memperoleh empat Grandmaster dan satu Grandmaster wanita.

Pada Februari lepas, Ashwath Kaushik, lapan tahun, menjadi pemain paling muda mengalahkan Grandmaster dalam permainan klasik.

Dua grandmaster Singapura yang diwanwancara ST percaya kejuaraan dunia itu akan menjadi pemangkin permainan catur jika Singapura menjadi tuan rumah.

India dan Argentina pun berminat menjadi tuan rumah acara marquee Fide dengan India pernah menjadi tuan rumah kejuaraan dunia pada 2013 di Chennai.

Argentina sudah lama mahu menjadi tuan rumah tetapi lokasi dan zon masa tidak sesuai untuk penyokong India dan China, menurut Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >