Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura hos 2 kejohanan silat dunia pada Disember

Sep 27, 2023 | 01:29 PM



Peminat tempatan bakal dapat menyaksikan juara dunia Singapura, Sheik Farhan Sheik Alau’ddin, Iqbal Abdul Rahman dan Nurul Suhaila Mohd Saiful bersaing di pentas terbesar sukan itu pada Disember.

Kota Singa bakal menghimpunkan pesilat terhebat dunia apabila Singapura menjadi hos Kejohanan Pencak Silat Dunia (WPSC) dan Kejohanan Pencak Silat Junior Dunia (WJPSC) 2023 dari 25 Disember hingga 2 Januari. 

Dalam surat undangan rasmi oleh Persekutuan Silat Singapura (Persisi) kepada persekutuan silat negara lain yang dilihat Berita Harian (BH), Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kededua kejohanan utama sukan seni mempertahankan diri itu pada 16 September.


Edisi ke-20 WPSC adalah yang kali keempat kejohanan itu diadakan di Singapura, dengan sebelumnya adalah pada 1988, 2004 dan 2018.

Dari edisi lalu WPSC di Melaka, Malaysia, pada Julai 2022, difahamkan Indonesia adalah negara seterusnya untuk menganjurkan WPSC. Asalnya, Jakarta dikatakan menjadi destinasi pesilat pada 2023.

Sementara itu, edisi kelima WJPSC asalnya dijadual berlangsung di Singapura pada 2020, tetapi terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19.

Ini merupakan kali kedua Singapura menjadi tuan rumah bagi pertandingan belia itu selepas 2007.

Pada WPSC 2022, Singapura membolot empat pingat emas, lima perak dan lapan gangsa. 

Persembahan terbaik negara kekal di tempat sendiri pada 2018 apabila pasukan silat negara memenangi tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa. 

Dalam WJPSC yang lalu di Songkhla, Thailand, pada 2018, pesilat muda Singapura membawa pulang enam emas, tiga perak dan enam gangsa. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >