Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA

Shanti ditabal ratu pecut tambah emas 100m selepas ungguli perlumbaan 200m

May 13, 2023 | 05:30 AM



RATU pecut.



Demikian gelaran yang sesuai diberikan kepada atlet negara, Shanti Pereira, selepas beliau mencatatkan satu lagi sejarah buat dirinya dan Singapura.



Di Stadium Nasional Morodok Techno pada lewat petang Jumaat, Shanti, 26 tahun, menjadi wanita Singapura pertama untuk menang emas bagi kedua-dua acara larian pecut 100 meter dan 200 meter dalam satu edisi Sukan SEA.



Beliau mencatatkan masa terpantas 11.41 saat untuk merangkul emas sulungnya dalam larian pecut 100 meter.



Catatan masa itu menepis saingan terdekatnya dari Thailand, Supanich Poolkerd (11.58 saat), dan Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (11.75 saat).



Kemenangan emas itu juga lebih manis bagi Shanti, yang sebelumnya hanya mampu menggondol gangsa pada 2015, 2017 dan 2019 dan perak pada edisi lalu di Hanoi pada 2022.



Ditemui media Singapura selepas kejayaannya itu, Shanti berkata: "Saya masih terkejut dengan kemenangan ini... semestinya ia sesuatu yang hebat.



"Ini adalah Sukan SEA keenam saya... selalunya saya mendapat gangsa atau perak (bagi perlumbaan 100 meter). Jadi, saya benar-benar gembira dengan pingat emas kali ini."



Pada Isnin, Shanti menunjukkan keunggulannya dalam perlumbaan 200 meter apabila memenangi pingat emas dengan catatan masa 22.69 saat. Ia juga emas Sukan SEA ketiganya dalam acara itu.



Masa yang dicatatkannya itu juga berjaya memecah rekod temasya Sukan SEA, iaitu 23.01 saat, dan rekod nasional yang beliau catatkan sebelumnya (22.89 saat).



Kemenangan berganda larian pecut wanita hanya dicapai sekali oleh Singapura 50 tahun lalu - Glory Barnabas memenangi acara 200 meter dan Eng Chiew Guay dalam 100 meter di Stadium Kallang.



Kelihatan penuh emosi dan cuba menahan sebak, Shanti menambah: "Saya mahu memeluk jurulatih saya. Kami mencipta sejarah hari ini. Ia adalah detik yang sangat hebat."



Pelari pecut lelaki Singapura, Marc Brian Louis, juga berjaya naik ke podium selepas melepasi garisan penamat di tempat kedua dalam perlumbaan 100 meter pada Jumaat.



Louis, 20 tahun, mencatatkan masa 10.39 saat, hanya 0.002 di belakang pemenang pingat emas dari Thailand, Sorabat Dapbang.



Louis menang gangsa dalam acara sama di Sukan SEA Hanoi ketika membuat penampilan sulungnya dalam temasya sukan itu.Pingat peraknya kali ini adalah yang pertama bagi Singapura sejak lebih sedekad - sebelum ini Gary Yeo menang perak di Sukan SEA 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >