SAKSIKAN perlawanan akhir Piala FA antara Manchester United dan Manchester City secara langsung di Persada Budaya, aras 1, Wisma Geylang Serai (WGS).
Dapatkan peluang memenangi hadiah istimewa dari WGS, dan beramah mesra dengan legenda bola sepak negara, Samad Alapitchay dan Malek Awab.
Turut hadir di siaran langsung itu ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.
Perlawanan antara United dan City bermula 10 malam.