Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kemesraan penganjur, kehausan pingat atlet dapat dirasa di Hanoi

May 12, 2022 | 05:53 AM



PAPAN tanda besar mengalu-alukan ketibaan saya dan rakan setugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi Khamis lalu, bagi Sukan SEA ke-31 - temasya sukan terbesar di ibu kota Vietnam itu sejak 2003.



Ini kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah pertandingan sukan serantau itu, dan selain melihat atlet bersaing, harapan saya ialah penganjur memberi yang terbaik bagi semua delegasi, termasuk bukan ahli sukan.



Saya tidak dikecewakan. Sejak berada di sini sejauh ini, para relawan dan wakil Sukan SEA Vietnam sangat terbuka membantu dan menjawab pertanyaan kami dan delegasi lain, walaupun bahasa ada kalanya menjadi halangan.



Sepanjang perjalanan ke hotel, saya melihat banyak sepanduk dan papan tanda rasmi Sukan SEA dipasang pada hampir semua tiang lampu jalan raya. Ia bak suasana ketika pilihan raya apabila semua orang berasa bahangnya.



Lebih menarik apabila saya melihat warga emas giat bersenam, seperti lari-lari anak dan line dancing dekat Tasik Hoan Kiem yang terkenal.



Ghairah melihat mereka, saya cuba mengikut rentak dan langkah mereka, membuat mereka tertawa mesra menghargai percubaan saya.



Mereka kelihatan gembira melihat warga luar menyertai aktiviti mereka, mentelah setelah lebih dua tahun sepadan hampir seluruh dunia ditutup akibat pandemik Covid-19.



Pandemik itu juga membawa pelbagai cabaran bagi atlet semua negara, termasuk Singapura, berlatih dan bersiap untuk bersaing. Pandangan ini turut diluahkan Ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Dr Su Chun Wei, yang tidak menetap sembarang sasaran pingat bagi Team Singapore di Sukan SEA ini.



"Adalah munasabah untuk menjangka atlet membuat yang terbaik dan berbekalkan proses itu, pingat akan menyusuli. Jumlah pingat adalah sesuatu yang kami tidak ingin terburu-buru tetapkan.



"Mari kita fokus pada perjalanan atlet dan keupayaan mereka menyatukan negara dan memberikan yang terbaik. Kemudian, kami akan dapat lihat hasilnya," kata Dr Su baru-baru ini.



Tetapi, adakah atlet yang mahu bertanding tanpa memenangi sesuatu?



Dalam wawancara saya bersama beberapa atlet di temasya ini, kebanyakan mereka ghairah dan kehausan pingat kerana sudah lama tidak bertanding dek Covid-19.



Perjalanan bagi 427 atlet Singapura yang akan beraksi dalam 33 cabang sukan di temasya ini tidak mudah. Dalam beberapa acara yang berlangsung lebih awal sebelum Sukan SEA ini dibuka secara rasmi malam ini, prestasi Team Singapore belum begitu memuaskan.



Pasukan sukan bola pantai lelaki, misalnya, belum menang di peringkat round robin di pantai Quang Ninh. Skuad bola sepak Singa Muda pula setakat seri dengan Laos dan dijinakkan Thailand 5-0.



Namun, ada juga pasukan Singapura yang telah meraih pingat. Silat dan terjun indah telah menyumbangkan sekurang-kurangnya satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa sehingga 12 tengah hari semalam.



Dan saya percaya Singapura boleh mengharapkan lebih banyak kemenangan daripada jaguh negara dalam temasya sukan ini.



Ini termasuk daripada bekas juara renang Olimpik Joseph Schooling, juara dunia badminton Low Kean Yew, dan juara dunia silat tiga kali Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, yang mendapat pengiktirafan sebagai pembawa bendera negara di acara pembukaan malam ini di Stadium My Dinh.



Marilah kita menyokong atlet negara Singapura dalam usaha mereka membawa pingat pulang.



Jika tidak pun, sekurang-kurangnya mereka telah berlatih bersungguh-sungguh - di tengah-tengah cabaran pandemik ini - untuk membanggakan kita dan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >