Sikap pendiamnya di luar gelanggang hilang serta-merta apabila Aura Aydria Putri Soffian menonjolkan kehadirannya yang menggerunkan di dalam gelanggang sewaktu dua pertandingan silat di Dubai baru-baru ini.
Atlet yang seringkali dilihat sebagai pemalu itu muncul dengan tenaga dinamik, merangkul gelaran yang disegani sebagai Atlet Terbaik dengan kemenangan memberangsangkan dalam kategori Remaja Wanita bawah 39 kilogram pada Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah Pertama.