Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Bangga dengan prestasi pasukan sepak takraw walau tidak ke separuh akhir: Jurulatih

May 15, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN gagal ke separuh akhir acara ganda lelaki pada Ahad, jurulatih pasukan nasional sepak takraw lelaki Singapura Padzli Othman tetap berbangga dengan paparan berani anak didiknya dalam aksi pertama Sukan SEA mereka sejak 2019.



Di Dewan Bola Keranjang Dalam Pusat Stadium Olimpik, Singapura hanya mampu menang satu daripada tiga perlawanan mereka dalam saingan Kumpulan B.



Kemenangan tunggal itu tidak cukup untuk membawa mereka ke pusingan seterusnya.



"Kami mengambil masa untuk mencari rentak dalam perlawanan pertama. Tetapi, pemain menunjukkan semangat berjuang… dapat lihat ada peningkatan pada perlawanan selanjutnya," kata Padzli kepada Berita Harian (BH).



Mereka tewas 10-21, 17-21 kepada Myanmar dalam aksi pertama, sebelum menang 21-14, 21-11 ke atas Kemboja. Dalam perlawanan penentu menentang musuh seberang Tambak, Singapura tumbang 12-21, 14-21 di tangan Malaysia.



Pasukan Singapura diwakili A'fif Safiee, Khairul Fahmi Yazid dan Ramli Sa'ari.



Bagaimanapun, Padzli, 57 tahun, juga meluahkan rasa kecewa terhadap "gangguan" semasa perlawanan.



Semasa set kedua dalam perlawanan menentang Myanmar, presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) Abdul Halim Kader dilihat ke kawasan teknikal pasukan Singapura.



Bekas presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) itu kemudian berbual dan bergambar bersama Padzli dan pengurus pasukan, Hafiz Sujad.



Kejadian itu berlaku ketika Singapura mendahului 4-0 sebelum Myanmar menjaringkan tiga mata berturut-turut untuk bangkit dari ketinggalan.



Ini adalah acara pertama daripada tiga yang disertai Singapura di Sukan SEA Kemboja.



Pasukan negara seterusnya akan beraksi dalam acara kuadran pada 15 Mei, sebelum menutup kempen mereka dengan acara regu pada 16 Mei.



Bagi acara kuadran, Singapura ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Vietnam dan Laos. Sementara itu, Kumpulan A dianggotai tiga pasukan - Thailand, Kemboja dan Timor Leste.



Difahami tiada pasukan sepak takraw mewakili Timor Leste yang hadir di Phnom Penh.



Ini bermakna Thailand dan pasukan tuan rumah akan langsung mara ke separuh akhir.



Timor Leste tidak pernah bertanding dalam sepak takraw di Sukan SEA kecuali "penyertaannya" pada 2023.



Menurut Padzli, beberapa pasukan telah membuat aduan kepada penganjur pertandingan.



Sepak takraw Singapura, yang bergelut dengan isu perebutan kuasa dalam beberapa tahun yang lalu, kali terakhir ditampilkan dalam Sukan SEA pada 2019 di Manila, Filipina.



Pingat Sukan SEA terakhir negara adalah pada 2015 ketika Singapura menang sebutir pingat perak dan tiga gangsa di tanah air.



Sejak itu, mereka dua kali terlepas bertanding - pada 2017 dan 2022 - dalam temasya sukan dwitahunan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >