Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet lawan pedang S’pura Kiria layak ke Sukan Olimpik

Apr 28, 2024 | 09:05 PM



Srikandi lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah Abdul Rahman bakal beraksi dalam Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos setelah berjaya menjuarai acara epee perseorangan wanita dalam Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia di Fujairah, Amiriah Arab Bersatu (UAE), pada 28 April.


Ia akan menjadi penampilan kedua Kiria di Sukan Olimpik, dengan yang pertama di temasya sukan Tokyo pada 2021.

Kiria, 23 tahun, merupakan pesaing pilihan untuk menjuarai kejohanan sebagai atlet lawan pedang dengan ranking dunia tertinggi. Beliau duduki tangga dunia ke-64.

Hanya juara kejohanan layak mendapat tempat ke Sukan Olimpik. Seramai 18 pesaing bertanding dalam acara epee perseorangan wanita di kelayakan ini.

Kiria memulakan kejohanan di Fujairah dengan langkah kanan apabila tidak perlu bersaing dalam pusingan kumpulan. Beliau kemudian langsung ke suku akhir selepas diberikan BYE – mara ke pusingan seterusnya tanpa bertanding – pada pusingan kelompok 16 peserta terbaik.

Pada suku akhir, Kiria bertemu peserta Filipina, Hanniel Abella dan selesa mencatat kemenangan 15-8.

Namun, persaingan lebih sengit di separuh akhir. Kiria perlu bersikap tenang dalam gerakannya sebelum berjaya menewaskan Amarzaya Batsaikhan dari Mongolia 15-13.

Kiria juga berdepan saingan sukar dalam final tetapi kekal fokus dan tenang untuk mengalahkan atlet lawan pedang nombor 92 dunia dari India, Taniksha Khatri 15-13.

Kiria, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA, akan menyertai rakan senegara, Amita Berthier, yang sudah melayakkan diri ke temasya sukan Paris itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >