Perlawanan sengit ini akan menentukan nasib Arsenal – sama ada mereka layak digelar juara Liga Perdana England (EPL), menamatkan penantian selama 20 tahun, ataupun impian itu akan bertukar menjadi angan-angan sahaja pada akhir musim ini.
Selepas membelasah Chelsea 5-0 pada 24 April, pasukan The Gunners bakal mengalihkan tumpuan mereka kepada perlawanan getir apabila mereka bertandang di padang musuh tradisi, Tottenham Hotspur, hari ini (28 April).