Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Acara seni silat turut raih 1 perak, 2 gangsa buat SG

Perak daripada acara ganda putera, gangsa daripada ganda dan regu puteri
May 12, 2022 | 05:30 AM



HANOI: Pesilat adik-beradik Singapura, Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque, tiba di Hanoi Ahad lalu bagi Sukan SEA Vietnam tanpa sebarang sasaran naik podium.



Tetapi mereka akan pulang dengan sebutir pingat perak setiap seorang.



Dalam final acara seni ganda putera di Gimnasium Bac Tu Liem semalam, Haziq, 20 tahun, dan Hazim, 18 tahun, mendapat 9.905 mata, untuk dinobat naib juara setelah pasangan dari Malaysia, Muhammad Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, mendapat 9.950 mata.



Pasangan Singapura itu berpuas hati dengan pencapaian mereka memandangkan ia penampilan pertama mereka di Sukan SEA.



"Sejujurnya, kami rasa hebat sebab ini kali pertama kami adik-beradik bertanding di temasya sukan ini. Tidak kira apapun keputusan yang diraih, saya gembira kami tampil bersama dan berlatih bersungguhsungguh bagi acara ini," kata Haziq semasa ditemui media.



Mereka bergabung buat kali pertama apabila mendapat panggilan untuk menyertai pasukan nasional pada awal Februari, selepas "bersara" daripada silat semasa Covid-19.



Haziq dan Hazim masing-masing bergiat dalam sukan ini sejak berusia enam dan empat tahun.



"Matlamat kami sebenarnya ialah membanggakan ibu bapa kami. Kami memberitahu diri kami jika kami tidak menang pingat emas dan hanya meraih pingat perak atau gangsa, ia tidak mengapa selagi kami membanggakan ibu bapa kami," kata Haziq.



Bapa mereka, bekas pesilat Mohd Zaque Mohd Ali, menjadi wasit pertandingan silat Sukan SEA ke-31 ini.



Menurut Haziq, mereka belum bersua sejak kelmarin tetapi bapanya mengirimkan mesej WhatsApp memberi sokongan sebelum final semalam.



"Dia kata, tidak kira apa keputusannya selagi kami memberi yang terbaik dalam gelanggang, dia senang hati. Bahkan, ibu bapa kami sudah gembira kami diberi peluang bersaing di Sukan SEA," ujarnya.



Awal sebelum itu, Muhammad Iqbal Abdul Rahman mengharum nama Singapura apabila menggondol pingat emas dalam final seni tunggal putera semalam.



Kemenangan dalam dua acara seni ini membawa kutipan pingat pasukan silat Singapura kepada empat, daripada enam acara seni yang disertai.



Malam kelmarin, pasukan ganda puteri - Nur Azlyana Ismail dan Sharifah Shazza Samsuri - dan regu puteri - Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli - Singapura memungut pingat gangsa bersama setelah kalah dalam separuh akhir masing-masing.



Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, memberitahu Berita Harian beliau menjangka pesilat negara menang tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.



Di Sukan SEA Manila 2019, Singapura membawa pulang lima pingat - dua emas, satu perak dan dua gangsa - daripada lapan acara yang disertai.



Persaingan acara tanding silat akan bermula esok. Pesilat Singapura akan mengambil bahagian dalam sembilan acara tanding.




Dapatkan liputan perlawanan bola sepak Sukan SEA Vietnam antara Singa Muda dengan Kemboja di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >