Tertuduh dalam kes pengubahan wang haram, Su Haijin, pada 1 April menghadapi 12 tuduhan baru kerana dituduh bersubahat untuk menipu Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), serta memiliki sekitar S$3.8 juta daripada hasil jenayah.
Kertas tuduhan juga menunjukkan bahawa Su bersubahat untuk menyerahkan penyata kewangan palsu bagi syarikat Yihao Cyber Technologies, kepada beberapa institusi kewangan dan pihak berkuasa di sini.
Syarikat tersebut adalah pembangun perisian dan aplikasi telefon bimbit yang didaftar pada 3 Januari 2017, menurut pemfailan dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).
Su, yang dikatakan terjun dari balkoni tingkat dua Banglo Kelas Baik (GCB) untuk mengelak daripada ditangkap, kini berdepan 14 tuduhan, naik daripada dua tuduhan sebelum ini – satu kerana mengelak penangkapan dan satu lagi kerana pengubahan wang haram, lapor The Business Times (BT).
Tuduhan pengubahan wang haram ke atasnya dipinda untuk menyatakan Su menerima faedah sekitar $2.4 juta daripada perjudian jarak jauh yang menyalahi undang-undang, yang disimpan dalam akaun bank OCBC, melalui 10 transaksi berasingan dari Januari hingga Oktober 2021.
Akaun bank itu milik Yihao Cyber Technologies. Su adalah pengarah dan pemegang saham syarikat tersebut sejak Januari 2017.
Antara tuduhan baru tersebut, satu mendapati Su, melalui Yihao Cyber Technologies, mempunyai hampir $440,000 daripada hasil jenayah yang disimpan dalam akaun DBS, manakala tuduhan ketiga menyatakan dia mempunyai hampir $1 juta hasil jenayah dalam akaun Yihao Cyber Technologies di UOB.
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
Seorang teman sanggup menunggu Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, bersiaran secara langsung di TikTok walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Se
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan

Dia juga didakwa terlibat dalam konspirasi dengan seorang bernama Wang Junjie untuk membuat pernyataan palsu kepada Iras dari 2020 hingga 2022 mengenai “nilai sebenar dan tepat” bagi pendapatan, keuntungan kasar dan jumlah wang dagangan belum diterima syarikat tersebut bagi Tahun Kewangan 2019, 2020 dan 2021.
Sebelum ini, Wang adalah individu berdaftar dan berkelayakan (RQI) di ejen pemfailan, LW Consultancy, tetapi kedua-dua pendaftaran bagi dirinya dan LW Consultancy dibatalkan oleh Acra pada Januari.
Wang dan Su juga dikatakan berkomplot untuk membuat pernyataan palsu mengenai penyata kewangan Yihao Cyber Technologies bagi Tahun Kewangan 2021 kepada MOM pada Mei 2022.
Pada 2022, mereka berdua juga dituduh menyerahkan penyata kewangan palsu syarikat tersebut bagi 2021 kepada DBS dan UOB, dengan tujuan membuka akaun bank korporat.