Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Telok Ayer antara kawasan terpanas di S’pura: Kajian haba bandar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Telok Ayer antara kawasan terpanas di S’pura: Kajian haba bandar

Dec 28, 2023 | 03:18 PM



Raffles Place, terutama rumah kedai di sepanjang Telok Ayer dan Amoy Street, didapati kawasan yang paling panas di negara ini berbanding persekitaran luar bandar.

Demikian menurut kajian melibatkan bagaimana kawasan dengan pembangunan dapat mengekalkan haba.

Pada 33.5 darjah Celsius, kawasan Raffles Place adalah 6.5 darjah Celsius lebih panas daripada kawasan yang didapati paling sejuk iaitu Taman Kolam Air Upper Peirce.

Perbezaan di antara suhu persekitaran kawasan bandar dan luar bandar dikenali sebagai kesan pulau haba bandar.

Dapatan dalam Urban Heat Snapshot oleh syarikat konsultan pembangunan kelestarian sejagat, Arup, direkod pada tengah malam 13 Mei – hari paling panas pada 2022.

Kajian itu memetakan seluruh Singapura dengan memberi tumpuan khusus kepada gambaran pusat bandar Singapura seluas 150 kilometer persegi.

Ia menggunakan alat analisis haba digital Arup, UHeat.

Pada siang hari, bangunan, laluan pejalan kaki dan permukaan tidak telap air yang lain di persekitaran bandar menyerap dan menampung pancaran cahaya matahari serta tenaga haba daripada manusia dan kegiatan harian.

Pada malam hari pula, haba itu terperangkap berdekatan permukaan tanah kerana persekitaran pembangunan menghalang haba daripada naik ke udara, sekali gus meningkatkan kesan pulau haba bandar.

Gambaran itu menggunakan alat yang dibangunkan oleh Arup melalui kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis imej satelit berdasarkan pelbagai faktor.

Ia termasuk, jumlah kawasan mengandungi air dan kehijauan, kepadatan bangunan serta keupayaan permukaan untuk memantulkan haba dari matahari.

Dalam usaha menerangkan bagaimana sruktur di ruang kawasan bandar boleh meningkatkan haba, persekitaran luar bandar di Taman Kolam Air Upper Peirce, termasuk kawasan mengandungi air dan tumbuhan yang terdapat di situ, didapati oleh kajian tersebut sebagai mampu menyerap haba.

Ini disebabkan 88 peratus daripada taman itu adalah air dan 12 peratus pula adalah tumbuhan.

Di samping itu, kajian tersebut turut mendapati bahawa cahaya matahari boleh memanaskan bumbung terracotta gelap terdapat pada rumah kedai sepanjang Telok Ayer dan Amoy Street meningkat pada suhu yang lebih tinggi.


Meskipun rumah kedai wujud sejak abad ke-19, kawasan itu mungkin tidak sepanas berbanding masa lalu, menurut rumusan Ketua Bersekutu Bandar dan Perancangan Arup, Encik Tony Chan.

Hal ini disebabkan kesan penyejukan dari pantai berdekatan.

Kawasan itu terletak bersebelahan laut hingga 1880-an, apabila proses penambakan tanah bermula.

Kawasan Telok Ayer dan Amoy Street, menempatkan monumen nasional seperti kuil Thian Hock Keng, makam Nagore Dargah dan Masjid Al-Abrar, berada kian jauh ke kawasan darat setelah Cecil Street, Robinson Road dan Shenton Way dibina di atas tanah tambak.

Sejak itu, bangunan bertingkat tinggi mula dibangunkan di Raffles Place, Shenton Way dan Lau Pa Sat menjadikannya lebih sukar untuk haba lenyap.

Encik Chan berkata: “Pembangunan tanah tambak dan kepadatan bangunan yang lebih tinggi menghalang angin pantai daripada menyebar haba dari Telok Ayer dan Amoy streets.”

Selain pengekalan haba dalam konkrit dan kaca bangunan, angin panas yang dikeluarkan oleh penghawa dingin semasa proses penyejukannya dan ekzos kenderaan juga dianggap sebagai penyumbang haba.

Penghawa dingin boleh mendorong kepada situasi yang sukar juga.

Encik Chan menjelaskan: “Kita semua cenderung untuk berlindung di persekitaran berhawa dingin apabila suhu meningkat.

“Dari perspektif kemapanan, ini jauh daripada ideal disebabkan pergantungan pada tenaga dan ketidaksamaan daripada pendekatan ini. Tidak semua warga mempunyai kemewahan bekerja di dalam bangunan.”

Strategi pengurangan haba boleh membantu, katanya. Langkah-langkah boleh termasuk menghijaukan muka bangunan dan bumbung atau menggunakan cat putih untuk mengubah pantulan permukaan dan mengurangkan jumlah haba yang diserap.

Walaupun tumbuhan boleh menurunkan suhu permukaan dan udara melalui proses penyejatan dan transpirasi (proses peluhan) yang berlaku dalam tumbuhan, ia “datang dengan kos kelembapan yang meningkat”, yang mungkin dapat meniadakan kesan penyejukan daripada tumbuhan, ekoran iklim tropika Singapura seperti yang diperhatikan oleh Encik Chan.

Encik Chan menyatakan bahawa tumbuhan yang ideal ialah pokok yang mempunyai transpirasi rendah dan mampu bertahan dalam persekitaran tropika.

Beliau menjelaskan bahawa “penekanan harus diberikan pada penanaman pokok yang memberikan manfaat teduhan tambahan berbanding rumpun pokok renek dan pendek”.

Tetapi kelembapan mungkin bukan menjadi masalah, kata Dr Shawn Lum, seorang pensyarah di Sekolah Alam Sekitar Asia Universiti Teknologi Nanyang.

“Usaha pengurangan haba oleh tumbuhan boleh menangani kesan pemanasan daripada kelembapan yang ditambah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan: “Tumbuhan dan pokok tidak akan menyelesaikan masalah yang merunsingkan berhubung pemanasan iklim, tetapi ia boleh menjadi bahagian penting dalam penyelesaiannya melalui beberapa cara utama.”

Dengan pemanasan sejagat yang semakin meningkat, kewujudan pokok menjadi lebih penting, kata Dr Lum.

Kajian menunjukkan bahawa pokok mampu mengurangkan suhu sehingga 3 darjah Celsius.

“Walaupun tidak begitu ketara, hal ini membezakan antara kebolehan menanggung suhu sekitar dengan kemungkinan terjadinya pemanasan berlebihan yang berbahaya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >