Apabila pasangan suami isteri, Encik Abdul Malik Mohd Mustapha dan Cik Nur Khairina Amri, pertama kali diperkenal kepada skim keluarga titipan oleh seorang teman setelah 16 tahun berumah tangga pada 2018, mereka berminat untuk menyertainya.
Namun, mereka ragu-ragu dan bimbang kerana tugas Encik Abdul Malik, 48 tahun, sebagai jurutera perkhidmatan ketika itu tidak menentu.