Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sewa sebilangan besar kedai kopi milik HDB tidak dinaikkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sewa sebilangan besar kedai kopi milik HDB tidak dinaikkan

Feb 07, 2024 | 05:38 PM



Sepanjang lima tahun lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak menaikkan sewa 97 peratus daripada 374 kedai kopi yang dimilikinya apabila tempoh sewa mereka hampir tamat.

Namun, sekitar 402 lagi pengusaha kedai kopi milik persendirian, serta penjaja yang menyewa daripada mereka, mesti diberi ruang untuk mematuhi prinsip pasaran, kata  Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, di Parlimen pada 7 Februari.

Cik Sim menjawab soalan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris–Punggol) yang bertanyakan sama ada Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan mempertimbangkan untuk mengambil langkah selanjutnya bagi membantu para penjaja kedai kopi memastikan harga makanan kekal dimampui di kawasan kejiranan.

Cik Sim berkongsi bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, peningkatan dalam purata sewa kedai kopi HDB telah dihadkan kepada 1.6 peratus, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pengusaha dan peniaga dalam persekitaran kos yang semakin meningkat.

HDB memainkan peranan sebagai tuan tanah yang bertanggungjawab dengan memastikan sewanya kekal dimampui dan juga menerusi inisiatif awal makanan bajet, tambahnya.

Buat masa ini, terdapat 776 kedai kopi HDB dengan kurang separuh daripadanya dimiliki HDB. Baki 402 adalah milik persendirian. 

Sejak 1998, HDB tidak lagi menjual kedai kopi dan hanya menyewakannya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa kedai kopi milik persendirian mendapat tumpuan selepas mereka bertukar tangan dengan harga lebih $40 juta.

Bagi kedai kopi milik persendirian, Cik Sim berkata HDB tidak mengawal sewa gerai yang dikenakan oleh pemilik kerana transaksi ini adalah perjanjian komersial persendirian antara pemilik kedai kopi dan pengusaha kedai.

Kedai kopi perlu dikendalikan oleh orang yang berada dalam bidang itu, tambahnya.

“Kami juga akan pastikan bahawa HDB sendiri tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan penyediaan makanan bermasak, jadi kami perlu memberi ruang kepada pengusaha kedai kopi dan juga peniaga untuk mematuhi prinsip pasaran dan operasi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >