Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sedia khidmat pandu lalu ambil daging korban, hantar ke rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Sedia khidmat pandu lalu ambil daging korban, hantar ke rumah

Tempahan korban di Australia, Indonesia mula dibuka; Jamiyah sasar tingkat agihan daging korban kepada 5,000 penerima bantuan
Apr 05, 2024 | 05:31 AM



Jamiyah Singapura merupakan pertubuhan pertama di negara ini yang memperkenalkan kaedah ‘drive-through’, atau pandu lalu untuk pengambilan daging korban.


Dan ia ternyata berjaya dan memudahkan pelaksanaan ibadah korban para peserta.

Salah seorang daripada mereka ialah Cik Sue Hassan, 39 tahun, yang telah dua kali mendapatkan khidmat korban kendalian Jamiyah.

Menurut Cik Sue, beliau amat gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan Jamiyah kepada pelanggan yang menunaikan korban mereka.

“Saya puas hati dengan khidmat pandu lalu yang disediakan Jamiyah. Sampai saja di pekarangan Pusat Islam Jamiyah, saya tak perlu tunggu lama untuk giliran saya mendapatkan daging korban saya. Semuanya dikawal dengan teratur dan lancar oleh pegawai mereka.”

Khidmat hantar ke rumah juga menyenangkan pengalaman peserta, Encik Azmi Mat, 61 tahun.

Kongsinya: “Saya hanya perlu menunggu di rumah pada hari dan waktu yang ditetapkan untuk menerima daging korban saya. Seperkara lagi yang saya suka ialah daging korban dipek dalam bekas plastik yang utuh dan ditutup rapi.”

Selain daripada daging korban dipek dengan rapi dalam bekas plastik, ia juga diletakkan di dalam beg penyejuk agar daging tersebut tetap segar ketika peserta korban menerimanya.

Jamiyah mengutamakan pengendalian proses korban yang menyeluruh dan terperinci, daripada tempahan dan pemilihan haiwan korban hingga kepada pembungkusan dan pengagihan.

Mereka menggembleng kakitangan dan sukarelawan mereka untuk membantu melancarkan lagi kerja-kerja logistik dan operasi tertentu seperti pembungkusan, melabelkan beg, mengawal arus pandu lalu, penghantaran dan banyak lagi.

Jamiyah komited untuk memberi khidmat terbaik dan memudahkan setiap peserta yang menggunakan khidmat korbannya.

Pada tahun 2023, 10,000 kilogram daging korban telah didermakan dan diagihkan kepada 4,200 penerima bantuan daripada peserta ibadah korban.

Jamiyah berharap dapat meningkatkan pengagihan kepada 5,000 penerima bantuan pula tahun ini melalui derma daripada peserta ibadah korban.

Korban akan dilaksanakan di dua negara iaitu Indonesia dan Australia.

Di Indonesia, semua daging korban akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Medan, Jakarta, Banten dan Lombok.

Bagi korban di Indonesia, harga seekor kambing biri-biri untuk korban ialah $198 dan satu pertujuh lembu berharga $218.

Tarikh tempahan korban di Indonesia bermula sekarang hingga 20 Mei 2024.

Di Australia pula, daging korban akan diterbangkan ke Singapura, dan peserta boleh mengambilnya sendiri atau dihantar kepada mereka pada 29 Jun 2024.

Harga seekor kambing biri-biri korban di Australia ialah $325, seekor anak kambing $345 dan satu pertujuh lembu $388.

Tarikh tutup tempahan korban di Australia ialah 3 Jun 2024.

Bagi pesanan dalam talian untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah, sila imbas kod QR yang disediakan. Anda juga boleh menghubungi talian 6743-1211, WhatsApp 9115-1211 atau e-mel kepada qurban@jamiyah.org.sg.

Tunaikan zakat bersama Jamiyah Singapura, dengan mengunjungi pusat-pusat Jamiyah atau hubungi talian 9720-5001 untuk perkhidmatan ‘Amil Bergerak’ di mana wakil Jamiyah akan mengambil zakat anda dari rumah, pejabat atau tempat yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh mengimbas kod-kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >