Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

PCF Joo Chiat tawar khidmat prasekolah berpatutan di Marine Parade

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PCF Joo Chiat tawar khidmat prasekolah berpatutan di Marine Parade

Apr 28, 2024 | 04:58 PM



Sebuah pusat Sparkletots Yayasan Masyarakat PAP (PCF) yang dibina semula di Joo Chiat akan menjadikan pendidikan awal kanak-kanak lebih mudah diakses bagi mereka yang tinggal di Marine Parade, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong pada 28 April.

Bercakap kepada ibu bapa dan guru di perasmian kampus baru Sparkletots di Lorong 15 Telok Kurau, Encik Tong mengumumkan bahawa satu dermasiswa telah diperkenalkan agar kanak-kanak daripada keluarga memerlukan boleh mendapat permulaan terbaik dalam perjalanan pendidikan mereka.

“Saya fikir tiada cara lain untuk memutuskan rangkaian bagi mereka yang kurang bernasib baik, berpendapatan rendah, dan mereka yang tidak mempunyai peluang, melainkan menerusi pendidikan,” kata Encik Tong yang juga Menteri Kedua Undang-Undang.

Pada 2010-an, Joo Chiat menjadi kawasan undi dengan hartanah privet keseluruhan yang pertama di Singapura selepas baki blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) diperoleh semula di bawah Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).

Ini bermakna sedang estet itu mempunyai pilihan tadika, kebanyakannya diuruskan secara privet, dengan yuran bulanan adalah antara $800 dengan $3,000 sebelum subsidi.

Bagi PCF Sparkletots @ Joo Chiat, yuran bulanannya bagi warga negara ini sebelum subsidi adalah antara $163.40 bagi tadika dengan $741.20 bagi jagaan kanak-kanak.

Dermasiswa baru itu bagi penduduk GRC Marine Parade diharap dapat menggalakkan lebih ramai keluarga berpendapatan rendah untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah, termasuk ke Sparkletots @ Joo Chiat yang diperluas kata Encik Tong, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade bagi kawasan undi Joo Chiat.

“Terdapat beberapa faktor (yang menjejas kemasukan) termasuk secara praktikal atau logistik seperti pengangkutan,” tambahnya.

“Kami akan mengkaji bagaimana kami dapat menyokong keluarga sedemikian dan membantu mereka memasukkan anak kecil mereka ke prasekolah.”

Idea untuk membangunkan semula Sparkletots @ Joo Chiat timbul pada 2018, memandangkan kawasan sekolah itu sudah lama dan kurikulumnya tidak dipertingkat, kata Encik Tong.

Lebih daripada $2 juta telah dikumpul bagi merobohkan bangunan berusia lebih 50 tahun itu dan membinanya semula.

Sementara itu, pajakannya yang sudah usang telah dibincang semula dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan kemudian sebidang tanah berhampiran juga disertakan bagi meluaskan kawasan bermain di bahagian luar prasekolah itu, kata Encik Tong.

Kampus baru itu terletak di atas sebidang tanah seluas 1,928 meter persegi, berbanding 1,347 meter persegi sebelum ini, sedangkan ruang bahagian luarnya telah bertambah seganda kepada 820 meter persegi.

Sementara itu, salah satu penyumbang kepada prasekolah itu, Musim Mas, yang merupakan sebuah syarikat minyak sawit telah menyumbang sebanyak $300,000 kepada dermasiswa itu.

Ketua Pegawai Kewangan Musim Mas, Encik Alvin Lim berkata firma itu sentiasa bersedia menghulurkan sokongan kepada inisiatif yang meluaskan akses pendidikan kepada yang memerlukan.

Encik Lim berkata:

“Musim Mas sentiasa bersedia untuk menyokong dan membantu inisiatif ini agar dapat memberikan penduduk Singapura akses yang lebih baik kepada pendidikan, terutamanya mereka yang memerlukan kewangan.”

Encik Lim turut menekankan harapan beliau agar dermasiswa tersebut “dapat membantu keluarga mendedahkan anak-anak mereka kepada pendidikan awal” kerana usia pada peringkat awal adalah “penting bagi membentuk perkembangan kognitif, sosial dan emosi”.

Keluarga yang mempunyai anak-anak seawal 18 bulan boleh memohon dermasiswa tersebut untuk memastikan anak mereka mendapat permulaan pembelajaran dan pendidikan yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >