Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pos FB mengenai Palestin: Pegawai kedutaan Israel akan dihantar pulang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pos FB mengenai Palestin: Pegawai kedutaan Israel akan dihantar pulang

May 08, 2024 | 07:39 PM



Pegawai kedutaan Israel yang memetik ayat Al-Quran dalam satu hantaran Facebook mengenai Palestin pada 24 Mac lalu akan dihantar pulang.

Pos tersebut mendakwa bahawa Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran, sementara Palestin tidak disebut sekali pun, dan terdapat bukti arkeologi bahawa kaum Yahudi adalah penduduk asli di tanah itu.

Sehari kemudian, hantaran tersebut dipadam selepas pemerintah Singapura campur tangan.

Pada 8 Mei, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, memberitahu Parlimen bahawa duta Israel telah menemuinya baru-baru ini dan memohon maaf di atas hantaran Facebook itu.

Duta Israel ke Singapura, Encik Eliyahu Vered Hazan, berkata tindakan tersebut adalah salah dan tidak mendapat kebenarannya.

Beliau juga menekankan bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang.

Encik Shanmugam menambah bahawa polis telah menerima laporan mengenai hantaran itu dan telah berunding dengan Jabatan Peguam Negara mengenainya.

Mereka memutuskan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Beliau berkata: “Saya memberitahunya bahawa setiap kedutaan berhak untuk mempunyai pendapat sendiri.

“Tetapi sekiranya apa yang telah diperkatakan menjejas Singapura – dalam hal ini, keharmonian dan keselamatan di Singapura – terutamanya keselamatan serta masyarakat minoriti, kami harus bertindak.”

Encik Shanmugam menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) yang telah mengajukan soalan sama ada sebarang tindakan diambil terhadap isu tersebut, dan sekiranya individu yang bertangunggjawab akan dilindungi kekebalan diplomatik.

Encik Shanmugam berkata tindakan kedutaan Israel dilindungi oleh prinsip kekebalan berdaulat, dan kedutaan asing serta kakitangan diplomatik di Singapura menikmati kekebalan diplomatik di bawah undang-undang, melainkan mereka mengetepikannya.

Ini bermakna mereka menikmati kekebalan daripada bidang kuasa jenayah Singapura.

Dalam pada itu, Encik Shanmugam menyifatkan konflik di Timur Tengah sebagai “terkait dengan emosi”, dan menambah bahawa perasaan yang dipendam boleh mencetuskan tindakan atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat.

Beliau menambah terdapat perpecahan dari segi reaksi antara masyarakat Melayu/Islam dan masyarakat Yahudi dan Kristian terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

Beliau berkongsi bahawa antara 7 Oktober 2023 dengan 31 Mac lalu, pihak polis menerima 43 laporan berhubung dakwaan kenyataan atau tindakan menyinggung perasaan yang ditujukan kepada anggota masyarakat Yahudi atau Islam di Singapura.

Beliau berkata pemerintah akan campur tangan ke atas perbuatan yang boleh menjejas keharmonian masyarakat. 

Individu yang terlibat dalam perbuatan yang menyinggung perasaan atau keganasan adalah “minoriti yang sangat kecil” di Singapura, menurut Encik Shanmugam.

“Walaupun pandangan mengenai konflik itu berbeza, orang di Singapura diukur secara relatif dan rasional dalam cara kita mendekati isu-isu tersebut,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >