Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Brunei untuk menghadiri Majlis Pernikahan Diraja Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam.
Lawatan itu adalah atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 12 Januari, Encik Lee akan ditemani isterinya, Cik Lee; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Encik Lee dan delegasinya akan menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari dan Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari, yang akan diadakan di Istana Nurul Iman.
Sebelum Majlis Persantapan Diraja, Encik Lee dan isteri juga akan bertemu dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Sepanjang ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyandang peranan selaku Pemangku Perdana Menteri.