Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

MOM: Pemberhentian kerja turun bagi suku kedua berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Pemberhentian kerja turun bagi suku kedua berturut-turut

Pekerjaan bagi bukan penduduk kuncup buat kali pertama
sejak suku ketiga 2021
Apr 30, 2024 | 02:20 PM



Pemberhentian pekerja di Singapura terus mencatatkan penurunan untuk suku kedua berturut-turut manakala prospek pengambilan pekerja bertambah baik, menurut data awal pasaran buruh suku pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 30 April.

Perangkaan tersebut juga menunjukkan jumlah tenaga kerja meningkat sebanyak 4,900 pada suku Januari hingga Mac, turun daripada 7,500 pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan itu datang sepenuhnya daripada warga Singapura dan penduduk tetap (PR).

Pada masa yang sama, pekerjaan bagi bukan penduduk menguncup buat kali pertama sejak suku ketiga 2021 berikutan permintaan buruh yang semakin reda, terutamanya dalam sektor pembinaan sedang kuota pekerja asing yang lebih ketat mula berkuat kuasa.

Walaupun pertumbuhan dalam jumlah tenaga manusia menurun, MOM berkata ia lebih tinggi berbanding suku sebelumnya pada 2023 – dan setanding dengan pertumbuhan dalam tempoh bukan kemelesetan.

Bagaimanapun, ia juga mengatakan permohonan untuk bukan penduduk berkemahiran tinggi seperti pemegang Pas Pekerjaan (EP) telah meningkat seiring dengan jangkaan perniagaan yang lebih baik.

Pemberhentian pada suku pertama jatuh kepada 3,000 daripada 3,460 pada suku keempat 2023.

MOM berkata penyusunan semula atau penstrukturan perniagaan kekal sebagai sebab utama pemberhentian kerja pada suku pertama 2024, sedang perniagaan meneruskan usaha transformasi.

Ia berkata ekonomi Singapura dijangka bertambah baik pada 2024 dan permintaan buruh dijangka bertambah kukuh, seiringi dengan pertumbuhan ekonomi.

Kementerian tersebut juga berkata tinjauannya yang memandang ke hadapan mencadangkan permintaan pengambilan pekerja yang lebih kukuh, dengan 50.7 peratus syarikat menunjukkan hasrat untuk mengambil pekerja dalam tempoh tiga bulan akan datang. Ini meningkat daripada 47.7 peratus dalam tinjauan suku tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, peningkatan gaji mungkin lebih perlahan, dengan jumlah syarikat yang berhasrat untuk menaikkan gaji menurun daripada 32.6 peratus kepada 26.1 peratus, kata kementerian itu lagi.

MOM berkata peningkatan dalam pekerjaan penduduk adalah terutamanya dalam sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan kewangan, kesihatan dan perkhidmatan sosial, serta pentadbiran awam dan pendidikan.

“Pertumbuhan tenaga kerja dalam sektor ini mengatasi penurunan musiman dalam perdagangan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta penginapan selepas berakhirnya tempoh perayaan,” katanya.

Penurunan dalam pekerjaan bukan penduduk didapati terutamanya dalam sektor pembinaan di mana kebanyakan penurunan adalah dalam kalangan pemegang permit kerja.

Sementara itu, MOM menyatakan bahawa tenaga kerja dalam sektor itu jatuh buat kali pertama sejak suku keempat 2021, sedang syarikat pembinaan menyesuaikan diri dengan pengurangan kuota pekerja asing bagi sektor itu sejak 1 Januari.

Penurunan yang lebih kecil juga dilihat dalam sektor berorientasikan luar seperti pembuatan serta maklumat dan komunikasi, tambahnya.

Kadar pengangguran meningkat sedikit pada Mac 2024 kepada 2.1 peratus secara keseluruhan, 3 peratus dalam kalangan penduduk (warga dan PR) dan 3.1 peratus dalam kalangan warga Singapura.

Pun begitu, MOM berkata angka itu kekal dalam julat yang sejajar tempoh bukan kemelesetan.

MOM juga berkata peningkatan itu bukan di luar jangkaan, sambil menambah ia sebelum ini menekankan bahawa kadar pengangguran boleh meningkat di tengah-tengah pemberhentian pekerja yang lebih tinggi pada suku ketiga dan keempat 2023.

Contoh syarikat yang memberhentikan pekerja pada suku keempat termasuk Asia Pacific Breweries Singapore, menurut The Straits Times.


“Namun, kami tidak menjangkakan peningkatan berterusan dalam kadar pengangguran memandangkan kesempitan pasaran buruh yang berterusan,” kata MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >