Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Masagos hargai Saudi beri S’pura penghormatan tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos hargai Saudi beri S’pura penghormatan tinggi

Jan 17, 2024 | 10:15 PM



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad meluahkan rasa syukur serta terima kasih terhadap Kerajaan Arab Saudi yang telah memberi penghormatan tinggi kepada delegasi Singapura ketika lawatan rasmi mereka ke sana pada 7 hingga 12 Januari. 

Ini meskipun Singapura merupakan sebuah negara kecil di mana umat Islam adalah kaum minoriti, menurut Encik Masagos dalam satu catatan Facebook pada 16 Januari.

Encik Masagos turut menyatakan penghargaan beliau kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah atas segala sokongan yang telah beliau berikan kepada Singapura, terutama terhadap kesejahteraan rakyatnya yang menunaikan ibadah haji.

“Saya mengimbau semula lawatan saya ke Arab Saudi baru-baru ini dengan penuh rasa syukur.

“Walaupun berasal dari negara kecil di mana umat Islam adalah kaum minoriti, saya dan delegasi Singapura diberi penghormatan tinggi oleh Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al Rabiah. 

“Beliau memenuhi banyak permintaan kami untuk memastikan seberapa ramai rakyat kita dapat menunaikan ibadah haji tahun ini dengan selamat dan selesa,” tulis Encik Masagos.

Ketika pertemuan dua hala dengan Dr Tawfiq, mereka telah membincangkan hal berkaitan musim haji yang akan datang dan memeterai perjanjian haji di mana Kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan 900 tempat untuk jemaah haji Singapura bagi musim haji 1445H/2024.

Di samping itu, mereka turut bersetuju untuk bekerja lebih erat lagi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Singapura menunaikan haji pada masa hadapan.

Dalam catatan itu lagi, Encik Masagos berkongsi bahawa beliau diberi peluang untuk menyertai kumpulan kecil masuk ke ruangan dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah. 

Sementara di Madinah, Encik Masagos berkata Dr Fawzan juga telah mengaturkan agar delegasi Singapura dibawa masuk ke Raudah, di Masjid Nabawi.

“Saya telah berdoa agar keamanan dan keharmonian kekal di Singapura, dan para pemimpin Singapura sentiasa dibimbing untuk melindungi negara dan terus berupaya memperjuangkan kehidupan yang baik untuk rakyat kita. 

“Saya juga berdoa agar umat Islam Singapura menjadi Masyarakat Gemilang, kekal bersatu dan menyumbang kepada kemakmuran negara kita,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >