Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Geran $10,000 untuk peniaga kawasan kejiranan anjur acara libat masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran $10,000 untuk peniaga kawasan kejiranan anjur acara libat masyarakat

Mar 01, 2024 | 08:09 PM



Perniagaan di sekitar kawasan kejiranan Singapura boleh memanfaatkan pembiayaan bagi menganjurkan kegiatan inovatif seperti penglibatan masyarakat pameran seni awam, bengkel serta festival bertema, di bawah Geran Pewujudan Tempat Perusahaan di Kawasan Perumahan Awam (Heartland Enterprise Placemaking Grant) yang baru.

Geran tersebut diperkenalkan di tengah-tengah evolusi pesat industri runcit yang diterajui oleh pertumbuhan teknologi, e-dagang dan keutamaan pengguna yang berubah pantas, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, di Parlimen pada 1 Mac semasa bahas Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI). 

Beliau menambah bahawa pemerintah komited menyokong sektor runcit Singapura serta perniagaan di kawasan kejiranan.

Cik Low mengumumkan inisiatif ini sebagai respons kepada soalan Encik Shawn Huang (GRC Jurong), Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) yang meminta perkembangan mengenai program ‘Our Heartlands 2025’, yang diperkenalkan pada 2022.

Geran itu akan menampung sehingga separuh kos yang layak untuk kegiatan pewujudan tempat (placemaking) terpilih di kawasan kejiranan. Ia dihadkan pada $10,000 setiap projek.

Ini termasuk kos untuk perundingan pihak ketiga; perkakasan, peralatan dan perisian; pemasaran serta perkhidmatan profesional seperti pengurusan acara dan pengauditan.

Bagaimanapun, geran itu tidak akan menampung kos operasi, mahupun kegiatan seperti penyalaan lampu perayaan, bazar dan pasar malam tradisional.

Geran itu dibuka kepada perniagaan Singapura dengan sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham tempatan, memiliki gerai fizikal di kawasan kejiranan, menggajikan tidak lebih 200 pekerja dan mempunyai kadar perolehan tahunan tidak lebih daripada $100 juta.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Perusahaan di Kawasan Perumahan Awam Singapura (HECS) mulai 1 Mac.

Geran pewujudan tempat ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengubah dan menghidupkan semula kawasan kejiranan, kata Cik Low.

Sehubungan itu, beliau juga mengumumkan pelancaran dua projek perintis pembaharuan kawasan kejiranan di Bukit Gombak dan Tampines West.

Pusat Kejiranan Bukit Gombak akan dijadikan ‘hab pusat warisan moden’, dengan sebuah festival dijadualkan diadakan pada April untuk mempamerkan sejarah dan warisannya.

Salah satu kegiatan pertama yang dianjurkan oleh hab warisan kejiranan moden ialah ‘Rasa Gombak Day Out’, sebuah pesta yang akan diadakan buat julung-julung kalinya dari 5 hingga 7 April yang mempamerkan sejarah dan warisan pusat kejiranan yang popular itu.

Pusat Kejiranan Tampines West pula akan menjadi ‘hab acara kawasan kejiranan’.

Cik Low memberi contoh acara ‘pop-up’ gaya hidup Wunderground, yang berjaya menarik lebih 30,000 pelawat sepanjang 10 hari pada Oktober lalu.

Beliau berkata: “Penduduk boleh menantikan lebih banyak acara sebegini pada masa hadapan.”

Pemerintah, kata Cik Low, telah meningkatkan usahanya untuk mengubah dan menghidupkan semula kawasan kejiranan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Sebagai contoh, ia menyokong Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan HECS untuk mengadakan lebih 60 kegiatan pewujudan tempat.

“Menerusi kempen ini, perniagaan telah melaporkan peningkatan sebanyak sepertiga dalam jumlah pelawat dan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus,” katanya.

“Secara kolektif, inisiatif ini mengukuhkan identiti setiap presint dan membolehkan perniagaan membezakan produk mereka dan meningkatkan cadangan nilai mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >