Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Firma tempatan kini boleh teraju usaha jaga kebersihan S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma tempatan kini boleh teraju usaha jaga kebersihan S’pura

Apr 28, 2024 | 03:33 PM



Perusahaan serta syarikat setempat kini boleh mengambil langkah meneraju dan memacu daya usaha Keep Singapore Clean (KSC) atau Jaga Kebersihan Singapura sekali gus memberi kesan positif kepada alam sekitar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih bersih, sihat dan lebih mampan untuk setiap rakyat Singapura.


Dalam memanfaatkan lagi kekuatan dan kepakaran sedia ada, Majlis Kebersihan Awam (PHC) telah memperkenalkan Rangkaian Tindakan Korporat (C.A.N.) – sebuah platform untuk perusahaan di sini menyumbang kepada pergerakan KSC – semasa pelancaran kempen KSC tahunan di Auditorium Pusat Konvensyen Hab Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) pada 28 April.

C.A.N. ditubuhkan untuk menggalak sektor swasta mengambil peranan aktif dalam menjaga kebersihan di ruang awam.

Sebelum ini PHC telah bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan, dan dengan adanya C.A.N., ia bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran syarikat di sini untuk memupuk budaya tanggungjawab bersama.

Dalam ucapannya, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor menggesa perusahaan tempatan untuk bekerjasama dengan masyarakat dengan lebih luas lagi, bagi mengekalkan dan meningkatkan piawaian kebersihan awam Singapura, sambil menekankan kepentingan tindakan kolektif dalam memelihara piawaian tinggi negara ini terhadap kebersihan.

“Masyarakat, perniagaan dan syarikat kita adalah pemangkin kepada perubahan positif.

“Saya ingin menggalakkan lebih banyak perniagaan untuk menyertai gerakan ini bagi melindungi dan memelihara piawaian kebersihan awam kita yang tinggi di Singapura.

“Harapan kami agar rangkaian ini dapat terus berkembang dari segi jumlah dan impak,” kata beliau.

Semasa acara pelancaran kempen KSC 2024, satu Memorandum Persefahaman (MOU) turut ditandatangani dengan bank OCBC, salah satu anggota perintis C.A.N.

OCBC telah memberikan komitmennya untuk mempromosikan lagi mesej kempen KSC dan melibatkan kakitangannya dalam aktiviti pembersihan.

Pengerusi Majlis Kebersihan Awam, Encik Andrew Khng menekankan kepentingan perkongsian dan kerjasama sedemikian. 

Beliau menyatakan bahawa penglibatan syarikat dan perusahaan korporat adalah penting untuk meningkatkan kebersihan awam dan C.A.N. akan membantu dalam memacukan perubahan yang dapat memberi kesan kepada negara ini.

Dalam pada itu, PHC juga merancang untuk mempergiatkan kekerapan bagi penganjuran SG Clean Day atau Hari Membersih Singapura daripada acara suku tahunan, kepada acara dwibulanan bermula 2025.


Inisiatif ini diharapkan dapat menggalak para penduduk mengambil tanggungjawab peribadi terhadap kebersihan ruang yang dikongsi bersama.

Hari Membersih SG bermula pada 2021, dengan kesemua 17 Majlis Bandaran berhenti menyapu kawasan estet perumahan selama sehari. 

Sejak diperkenalkan, inisiatif ini telah diperluas meliputi taman awam, dormitori, kawasan takungan, daya tarikan, pusat membeli-belah serta hab pengangkutan.

Ia juga telah menyaksikan sokongan padu daripada pihak berkepentingan serta masyarakat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

Mengumumkan perubahan itu, Dr Khor berkata:  “Saya berbesar hati dengan keterujaan pihak berkepentingan kami dan peningkatan tindakan daripada masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab dengan sendirinya terhadap kebersihan ruang mereka.

“Walaupun kita memerlukan pekerja pembersihan dan menghargai sumbangan mereka, harapan kita agar dari semasa ke semasa, setiap daripada kita akan mengambil tanggungjawab yang lebih besar supaya kita menjadi bandar yang bersih dan bukanlah yang dibersihkan. 

“Malah, saya percaya bahawa kita sudah mula melihat perubahan positif.”

Sebagai menyokong Hari Membersih Singapura 2024, hampir 70 kegiatan mengutip sampah telah dianjurkan oleh beberapa rakan kongsi PHC di pelbagai lokasi di seluruh Singapura pada 28 April. 

Acara itu juga menandakan permulaan siri kegiatan memungut sampah yang bakal dijalankan selama sebulan di seluruh negara ini. 

Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Kebersihan Awam, dalam usaha memupuk tanggungjawab kolektif serta menggalakkan usaha seluruh negara untuk mengekalkan piawaian kebersihan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >