Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Faishal: Masyarakat perlu bekerjasama tangani perasaan benci

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Masyarakat perlu bekerjasama tangani perasaan benci

Jan 25, 2024 | 08:12 PM



Adalah penting bagi masyarakat untuk bekerjasama dalam menangani perasaan benci yang mungkin ada pada mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pada 25 Januari.

Semasa bercakap kepada media di luar persidangan Rangkaian Pemulihan Badan Melayu/Islam (MMO) di Singapore Expo MAX Atria, Dr Faishal telah diajukan soalan mengenai kes yang melibatkan belia Singapura berusia 16 tahun yang menjadi radikal dengan propaganda pelampau sayap kanan dalam talian dan dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Januari, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata belia Cina, yang mengenal pasti dirinya sebagai sebahagian golongan pertuanan kulit putih atau white supremacist, telah dikenakan RO pada November 2023.


Dalam catatan Facebook berasingan pada 25 Januari, Dr Faishal berkata walaupun ideologi pelampau sayap kanan belum mendapat tempat yang ketara di Singapura, ia berpotensi merosakkan ikatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Beliau berkata: “Apa yang penting ialah bagaimana kita boleh bekerjasama dengan masyarakat, keluarga, ibu bapa untuk membina kehidupan yang positif, kehidupan yang penuh belas kasihan, di mana kita menghormati antara satu sama lain dan menjauhkan diri daripada aspek ekstremis yang boleh menjejaskan bukan sahaja kehidupan orang lain malah diri mereka sendiri.”

Di bawah RO yang dikenakan ke atasnya, belia itu perlu menjalani program pemulihan menyeluruh bertujuan menentang ideologi pelampau ganas yang telah dipelajarinya dalam talian.

Program pemulihan itu akan menjurus ke arah membantunya menghayati bahawa pandangan ketuanan kulit putih tidak serasi dengan masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

Dia juga akan menerima kaunseling psikologi daripada ahli psikologi ISD untuk menangani kecenderungannya terhadap keganasan dan faktor-faktor yang menyebabkannya terdedah kepada pengaruh radikal.

Dr Faishal berkata adalah penting untuk memupuk kepentingan saling menghormati dalam kalangan mereka yang mungkin mampu melahirkan pandangan ekstremis.

​Beliau menambah: “Apa yang kita mahukan adalah untuk membantu mereka memahami kepentingan menghormati antara satu sama lain, dan melihat Singapura sebagai satu negara di mana orang yang berlainan bangsa dan agama dapat berkumpul.

“Mereka perlu menghormati setiap orang, memahami kaum dan agama lain, supaya kita boleh menangani isu ini bersama-sama, dan bagaimana rakyat Singapura, walaupun berbeza bangsa dan agama, masih boleh hidup secara aman berdampingan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >