Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

DPM Wong temu Sultan Brunei, perkukuh hubungan dua negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong temu Sultan Brunei, perkukuh hubungan dua negara

Dec 12, 2023 | 10:09 PM



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong yang kini berada di Brunei, berserta satu rombongan delegasi Singapura yang terdiri daripada para pemegang jawatan politik Singapura, telah bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 12 Disember, Encik Wong yang berada di Brunei bagi Program Pemimpin Muda (YLP) kesembilan telah mengucapkan terima kasihnya kepada Sultan Bolkiah di atas sokongannya yang tidak berbelah bahagi bagi hubungan dua hala sepanjang berdekad lamanya.

Sempena 40 tahun hubungan diplomatik pada 2024, Encik Wong dan Sultan Bolkiah juga mengesahkan semula komitmen bersama kededua pihak bagi meningkatkan hubungan tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam catatan Facebook beliau, Encik Wong berkata hubungan istimewa antara Singapura dengan Brunei teguh dan terus mekar.

“Saya berbesar hati bertemu Sultan Hassanal Bolkiah hari ini di mana kami mengesahkan semula komitmen yang dikongsi kami bagi mengukuhkan kerjasama yang saling memanfaatkan,” kata Encik Wong.

Encik Wong bersama isterinya, serta para delegasi juga bertemu dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, berserta isterinya Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Encik Wong dan Putera Mahkota menekankan hubungan dua hala yang cemerlang dan bersetuju untuk sama-sama mendalami pertukaran dan kerjasama dalam bidang saling berkepentingan yang kian berkembang.

Mereka juga menekankan tentang kepentingan platform YLP yang berterusan dalam mengukuhkan hubungan antara generasi pemimpin lebih muda dari kededua negara.

Dalam Facebooknya, Encik Wong juga teruja untuk menyambut Putera Mahkota ke Singapura pada 2024 bagi Program YLP ke-10.

“Dari pertahanan ke perdagangan, keselamatan makanan kepada ekonomi hijau, banyak yang boleh kami lakukan bersama untuk membawa hubungan kami ke hadapan; terutamanya sedang kami memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik tahun depan,” kata Encik Wong lagi.

Putera Mahkota kemudian menjadi hos satu majlis makan tengah hari bagi delegasi Singapura itu.

Encik Wong berserta Cik Wong serta delegasi Singapura kemudian dijamu dalam satu majlis makan malam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei, Pehin Datu Lailaraja serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Amin Liew.

Para menteri kemudian mengadakan pelbagai perbincangan tentang perkembangan serantau dan sejagat, serta bertukar pandangan tentang bagaimana Singapura dan Brunei boleh bekerjasama dengan lebih akrab di sebalik dunia yang kian tidak menentu dan mencabar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >